Pages

Happy Birthday to me <> Welcome 2012

Happy Birthday to u .

Happy Birthday to u .
Happy Birthday to u Hajar .

Happy Birthday to u .....           fuhhh ..fuhh... ( sambil tiup lilin kek )

Can you sing this song for me ? 

Hee .. terlebeh menggedik pulak kan . 
anyway, nak wish HAPPY BIRTHDAY to me. sweet 22. still 22 oke, not 23 yet..
macam nie lah kalau tarikh lahir lewat sampai hujung tahun kan. tetap ketinggalan di belakang siket dari kawan-kawan yang lahir bulan 1 or 2.. of course diorang nak masuk 23 rite ? hee.
whatever ! but aku tetap muda dari MR R tau . ade hikmah lahir hujung tahun nie kan.    :D

Kali ni aku tak mintak anything yang ajaib or something yang gedebooooomm muncul depan aku even many things yang aku harapkan. aku cume harapkan semua orang yang aku sayang ada dekat dengan aku, depan aku, bagi sokongan untuk aku teruskan perjalanan hidup yang jauh beribu batu lagi. Semalam, MR R tak habis-habis tanya apa hadiah yang aku nak untuk birthday kali ni. then jawapan aku sama je . memang aku dapat rasa dia kecewa, tapi bagi aku bile die ade dekat aku dan selalu bagi sokongan, itu yang lebih berharga dari hadiah hari jadi tau .  

*** Senyum kambing ***

Aku memang suke berangan. so tak mustahil kalau aku tibe-tibe tersenyum, tapi lebih sweet dan comel dari senyum kambing tu. hoho.  macam nie ....






comel kan. kan. kan .. hehe. setiap ciptaan Allah semua cantek-cantek dan comel . walaupun tersangat lah hodoh bagi kite    (:

Ari nie 30hb, esok 31hb, dan luse dah masuk 1hb January 2012 . rupenye tahun 2011 dah nak habis kan . macam-macam dugaan, pahit manis, sedih, ketawa, marah. semua aku dah lalui tahun ni. kalau boleh aku nak ingat semua kenangan manis je. no more sadness !!!! 

Setiap hari yang kita lalui mesti akan lenyap macam tu je sebelom berganti dengan hari baru. aku selalu mengharapkan ada kebahagiaan untuk hari baru dan lebih baek dari hari sebelom. tapi sekarang bukan berganti hari, tapi berganti tahun, tahun lepas yang sangat mustahil untuk kita jumpa lagi. aku banyak habeskan masa dengan belajar, pergi balik kelas, siapkan assignment dalam tahun 2011 nie. tak banyak masa yang aku ada dengan family kecuali kalau hari cuti. so, pahit manis aku dengan kawan-kawan memang banyak. mungkin susah aku nak lupekan even dah habes belajar nanti. But now, aku ada satu semester lagi sebelom aku dah mule nak survive untuk diri sendiri. dah tak sabar nak habeskan sampai bulan 7 nanti. 

Tapi seriously aku cube nak lupekan semua perkara pahit dalam hidup. aku nak buang jauh-jauh semua yang aku tak suka, yang aku benci, menyampah ! then berubah jadi yang lebih baek. tapi memang betul kata orang, kita manusia biasa. memang kita boleh merancang, tapi Allah yang tentukan semuanya. sebenarnya memang terlalu banyak kalau nak bercakap pasal harapan untuk tahun baru ni. salah satu harapan , aku nak grade dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dengan kepujian kelas pertama. sebab tahun 2012 nanti aku akan habeskan pengajian dekat melaka. InsyaALLAH . ~ 

Rupenye dah banyak aku merapu dalam entry aku hari ni. tapi kan sebenarnye terlalu banyak yang aku nak kongsi. mentang-mentang hari jadi dah hampir dengan tahun baru kan. hehe. Ha cakap pasal birthday, aku memang terharu sangat sebab dari malam tadi sampai sekarang ade je kawan yang wish birthday dekat FB. even ade yang aku tak kenal, tapi aku hargai sangat ucapan tu. kalau boleh aku nak pegi dekat wall sorang-sorang nak ucap terime kasih. hehe. melampau kan. cukuplah aku doakan kebahagiaan untuk korang semua. doakan kebahagiaan untuk aku jugak. aku harap kebahagiaan yang aku ada sekarang ni kekal sampai akhir hayat .. Peace ^ ^  

Exam oh Exam

Amek mood kejap .. tarik nafas panjang-panjang ..~~~~~~ 
lagi ..
lagi..

lagi..

lepas !!     (]pengsan -_-)


Good afternoons dear .. dah lama tak hapdate blog ni. seriously kali ni sem yang paling bz. even sebelom ni banyak assigment kene settlekan. tapi sem ni assignment tak pernah berhenti menjelma depan aku . RIMAS ! tapi apa lah daya, terpaksa jugak hadap semua nie, tambah dengan research report. tapi Alhamdulillah semua dah settle, tunggu approval dari supervisor untuk report. hopefully everything is going okey . 

Oke but now masa untuk tutup buku lama, sebabnya 5hb dah kene hadap final exam untuk first paper . tutup buku yang lama-lama je oke , buku sem nie tak boleh tutup. nak nahas kau ! kembang kempis perut ni, bukan setakat nak kecut je tahu, seram ~@&*^(*& !!

1. 2. 3. 4. 5. 6. ...... 9 .... ha ! 9 hari lagi nak berjuang kat medan perang semester nie. hopefully menang dengan cemerlang lah ye . genggam title ' Dekan ' lagi . InsyaAllah . dah tak sabar nak habiskan semua ni. dah tiba masa untuk kerja pulak . hoho . 

* Bersabar sampai bulan 6 tahun depan*    cepatlah habis .   -_-

tapi ... dugaan sentiasa datang bila kita nak senang kan . sesema , sakit tekak, aisshhh ! suare pun dah hampir sengau nie . cobaann .. ~ ~         -_-'


**********

Eh . eh .. jumaat nie lah . tak sabar nak tunggu sabtu jugak    :)

Ketentuan-NYA

Ketentuan-NYA .
manusia memang tak dapat elak walau apa cara sekalipun kalau itu dah jadi ketentuan dari tuhan. Ya .. aku percaya semua tu. agak pelik bila entry kali ni dengan tajuk yang macam tu . hee..sebenarnya seriously aku tak sangka dengan apa yang aku nampak tadi, entah kenapa terlintas dalam fikiran ni nak bukak something time online tadi. macam-macam perasaan yang aku tak dapat nak gambar, rasa happy, terkejut, tergamam, terkaku. eh macam sama je maksud semua tuh . hee. oke never mind larh. yang penting is now i feel like nak pergi terbang dekat awan lepas tu nak tengok sendiri depan mata semua tu. Can I ? ? ?

Firs impression bila aku tengok that things aku terus bermonolog dalam hati, "Eh betol ke apa aku nampak sekarang nie ? " seriously memang agak susah nak percaya even dia pernah tipu aku satu masa dulu. Time tu aku hampir separuh mati percaya tapi rupenye ade udang di sebalik maggie. but now bila dah nampak baru aku boleh percaya bukan . Anyway aku tumpang gembira bila dapat tahu dia pun tengah gembira, then tengah feeling-feeling sekarang nie. Takde sikit pun dalam hati ini rasa sebaliknya sebab such feeling did not exists between us yet . Bak kata orang mendoakan kebahagiaan orang lain itu adalah lebih baik. then, insya-ALLAH kebahagiaan itu akan ada untuk kita jugak. itu yang aku harapkan. 

Semua ni mengingatkan aku yang kita tak akan dapat melawan takdir dan ketentuan-NYA. Kalau keputusan tu adalah yang terbaik untuk kita, just go on . Aku percaya itu . :D

Hati ini kecewa

Kecewa yang mengendap sudah lama ingin lepas
dari kenyataan yang harus diterima
setiap titis air mata terpaksa dihentikan
walau didalam sini tangis itu semakin kuat
kegembiraan yang ku cipta selama ini
membekukan hati dan fikiran
dan semangat hidup ..
kecewa itu semakin melebar dalam diri
sampai batas kaki
kebingungan hati mencari pelarian
di antara indahnya mimpi
wajah indah dari masa lalu
ikut menambah beban dalam melangkah
lelah menunggu semuanya berubah
hati ini sudah tak sanggup 
untuk berbicara 
aku ingin berteriak sekerasnya
ingin melepaskan semuanya yang buatku kecewa
tak ada lagi senyum di dalam sini
yang ada hanya rasa
kecewa dan putus asa ..

Jangan tanya kenapa

Malam nie seriously aku tak dapat tido lena lagi.
bukan sebab korean movie, tapi sebab hati ni makin hancur sikit demi sikit
aku nak mintak maaf dekat seseorang, tapi berat sangat nak ucap. kenapa?
aku bukan ego . bukan . tapi .. aku tak tahu kenapa .
jangan sesekali tanya kenapa aku bersikap macam nie... jangan . !
sebab aku sendiri belum ade jawapan yang pasti. 
ternyata aku memang keliru dengan semua nie.

Mungkin ni salah die, eh bukan ... ni salah aku.
eh salah die, eh bukan ... 
huh ! 
aku tak pasti ..
aku tak tahu..
jangan tanya kenapa ..




Kau buat tidurku tak lena sepanjang malam

Ceh !  tajuk atas tu memang tak boleh GEDEBBOOOOMMMM lagi ke? haha.

Malam tadi aku sanggup berjaga sampai pukul 3 pagi semata-mata nak tengok diorang berdua nie tahu .
ape kes lah ... !


Kenapa lah korang nie sweet sangat macam lolipop . jangan lah buat aku jeles macam nie .
hari nie dengan muka tak malunya aku nak bagi tahu, aku bangun pukul 11 pagi oke .
ape ke jadahnya anak dara bangun lewat. !
relex lah, hari nie cuti kan, so manfaatkannye dengan sebaek mungkin. tak gitu ?


Oke, let me sharing here,dua korean actors yang atas tu sebenarnye dari movie 'My Princess'.
those yang hantu movie korea confirm dah tengok movie nie. 
and disebabkan movie yang sweet and sour ni tidur aku tak lena malam tadi sampai terlajak tidur hari nie. 

STOP !



Keliru

Keliru ! Keliru ! Keliru !
kadang aku tak faham, aku tak tahu kenapa aku bertindak macam tu.
bukan bermaksud nak mengabaikan apa yang aku ada, 
aku keliru dengan apa yang aku buat. . sungguh tak tahu ..
kadang aku jugak berfikir perlu ke teruskan sikap macam nie? 
tapi .... seriously aku tak sanggup.. =(

eh kau ! boleh tak paham perasaan ni ? 
kenapa selalu nak buat apa yang aku tak suka??
kenapa ???

bukan bermaksud nak menyalahkan sesiapa,
memandangkan diri ni pun masih ada kekurangan situ sini,
cuma nak kamu paham apa yang terbaik untuk diri sendiri,
mungkin lepas ni aku dah takde nak bagi nasihat yang bagi kamu sangat lah remeh. leceh !

Selagi aku masih ada di sini, bagilah peluang untuk aku menegur segala khilaf dan kesilapan itu,
untuk kamu, dan untuk aku juga. 
bagilah peluang untuk aku lihat perubahan itu .




Hati Sunyi

Hati ni sunyi sangat. terlalu sunyi .
sebab hati ni rindukan mereka . aku rindukan mereka ..
mereka yang jauh dari aku sekarang.. 
umie .. abah .. adik-adik .. semua jaoh dari aku ..
walaupun kat sini ade kawan-kawan, tapi diorang semua bukan macam mereka. .
jaoh sekali.. 
keluarga peluk cium aku laen dari sesiapa yang aku kenal.. 
takkan pernah jumpa seperti mereka .. TAKKAN !!

Hati ni sunyi sangat .. terlalu sunyi..
sebab dia jaoh dari aku ..aku rindukan dia ..
setiap hari ucap rasa sayang. rasa rindu .
susah nak hilang semua tu walaupun sekejap kan ..
kenapa ek ? mungkin sebab aku memang terlalu rindukan dia ..
Yaa ..hati ni terlalu sunyi rupanya..
aku perlukan mereka untuk bagi kekuatan pada hati ni .

Kalaulah mereka muncul depan aku sekarang,
aku takkan sesekali biarkan mereka pergi jaoh dari aku .
Teman aku di sini ye ..

=(


Tak sihat

Bangun pagi tadi aku rase badan lemah. 
dah dapat agak hari ni nak demam.. tak larat sangat .
cube jugak nak kuatkan diri. hurm tapi tak boleh .. :(

assignment banyak tak siap lagi .
cuti kali ni aku rase lagi terok dari cuti study week .
selalunye ada jugak masa untuk diri sendiri,
 tapi kali ni memang kene focus 24 jam dengan assignment + presentation . tak larat .. :(

tadi aku terpaksa jugak tutup buku-buku, tutup laptop .. get rest..
kepala sakit.. cube nak tido tapi tak boleh nak lelap. 
bile sedar tengok jam dah pukul 4 lebih .
terus terpikir sume keje-keje tue .. x siap lagi .
hari ni dah hari khamis . ahad dah nak balik melaka.
sempat ke settlekan semua keje-keje nie .. 
hurm tak tahu .. -_-

sekarang rase lapar sangat.
baru teringat hari ni makan nasi goreng je pagi tadi.
tengahari langsung tak sentuh makanan .
harap sakit ni tak melarat .

INSYALLAH ..


Sweetie sweetie Home -,o

Dah lame giler tak hapdate belog pink nie , sume gara-gara assignment, presentation yang berlambak-lambak sampai takde masa dah nak kejar satu-satu . but now Alhamdulillah , test dengan presentation lepas aku dah buat sehabis baek even memang tak cukup masa nak fokus . harap result pun oke lah ye . 

So now, sweetie sweetie home !! I'm back, last Friday, 4hb aku dengan excited giler terus angkut beg baju n beg laptop semestinya bawak pegi kelas sebabnye lepas kelas pukul 1230 aku terus pegi melaka central, bus pukul 230 oke . punye lah excited aku nak balik time tuh tahu .. eh belom terlambat lagi kan nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA semua !!

oke sambung balik .. hari tu aku balik dengan my bestie, farahim. dia dari bangi, lepas abes keje pukul 5 terus bertolak pegi TBS, aku pun tunggu die kat sane jugak . even dekat sejam aku tunggu die still tak sampai-sampai jugak .. teheeee ... demi seorang sahabat, kenelah korban masa bukan ? lagipun dari minggu lepas kami dah janji nak balik sama . bukan senang oke kitorang nak jumpe even duduk dalam satu daerah yang sama . -_-

Jalan punye jem tak payah nak cerite lah kan .. sakitnye hati nie tuhan je tahu . kitorang amek bas Central Pahang . bas lompat, bukan bas ekspress oke . aku pernah sekali je naek bas lompat dari pekeliling. tapi ceritanya tak sama macam apa yang berlaku hari jumaat tue .. time nak naek bas, aku rasa nak pegi lempang muke sorang-sorang !! tak penah seumur hayat aku hidop aku berdepan dengan keadaan macam tue oke  . bertolak-tolak, berhimpit-himpit, berpijak-pijak .. tapi naseb baek kaki aku tak kene pijak, tapi kaki farahim kene pijak. kalau kaki aku kene pijak time tu, memang aku pijak balik kaki hamba Allah tu sekuat hati ! bayangkan aku dengan beg laptop sebelah tangan, sampai sakit giler bahu dari tadi dok usung.. tangan sebelah lagi pegang beg kertas yang penuh dengan baju dan buku-buku .. tangan aku dah naek merah-merah sebab terlalu berat.  huh ! bukan salah aku oke bawak banyak-banyak .. jadi macam tue sebabnya aku memang dah takde tenaga langsung, dari tengahari sampai ke petang pegang beg tue .. alahai  ...

Mungkin berkat dari kesabaran aku nie dapat jugak aku lepas dari seksaan tue, dapat je naek bas mulut aku tak habes-habes menyumpah seranah makhluk-makhluk asing kat bawah tue yang tengah bertolak-tolak nak naek bas . conductor bas dah bising giler time tue .. makhluk asing mungkin 2-3 orang je yang tak reti bahasa, yang jadi mangsa orang-orang macam aku nie .. huh ! start bertolak pukul 7 petang, sepatutnya perjalanan just amek masa 1 jam setengah, tapi aku sampai pukul 10 oke .. JALAN JEM, SESAK !!! 

Dah tak nak cakap banyak .. cume nak bagi tahu sikit .. aku tahu semua orang kat luar sana tue ade otak yang cerdik dan boleh pikir kan, so apa je tindakan yang kita buat janganlah menyusahkan orang lain, naseb baek takde orang yang pengsan time tue .. aku rasa aku naek bas dalam negara MALAYSIA, tapi macam negara asing .. masing-masing dah hilang adab bile berebutkan sesuatu ..SPEECHLESS !!!!!



Beratur macam nie boleh tak ?

Minggu yang penuh cabaran

Kadang-kadang aku menyalahkan takdir,
kenapa dugaan itu datang pada waktu aku tak bersedia ?
kenapa semua dugaan itu datang dalam waktu yang sama ?
walaupun aku tahu menyalahkan takdir bukan jalan terbaek .

Aku dah mule nak mengeluh panjang bila mana aku terpaksa terima kenyataan aku akan berhadapan dengan minggu-minggu yang akan datang , minggu yang penuh cabaran ..
bergelar seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran sangat mencabar bagi aku,
sangat mencabar !

aku punya jadual yang sangat padat , masa yang sangat suntuk ,
semua ni selalu buat aku selalu berfikir , berfikir, dan berfikir .......
boleh ke aku harungi semua nie ? boleh ke aku dapat keputusan cemerlang macam semester lepas ?

YA ALLAH ..
aku mohon kepadamu untuk memudahkan segala urusanku ,
berilah aku kekuatan untuk harungi dugaan dari-MU walau sekecil zarah sekalipun.
AMIN ....




Tertarik mencuba VCO

Dah lama aku tertarik nak guna produk VCO nie .. tambah pulak banyak sangat komen positif yang aku dah baca sebelum ni . tapi tak tahu kenapa masa awal-awal semester dulu aku tak terfikir langsung nak beli produk ni . yelah kan time awal2 dulu duit pun tengah penuh dan berlambak-lambak dalam bank tu. haha oppss .. tapi sekarang ni paham-paham lah bila terlalu banyak sangat bende yang nak kena bayar . sayang tahu tak nak keluarkan sepuluh hengget dari purse . terharu dan sedih .. sob. sob . tapi bab makan laen ceritalah . mak kata kalau nak makan jangan kedekut duit . sebab tu kalau aku rasa nak makan itu ini aku beli je . 

Tapi aku memang dah tertarik menarik kau memang daa bommm lah dengan produk VCO nie. semua orang ada problem kan . then ramai yang dah cuba . tak perlu kot aku explain kebaikan produk nie, maybe ramai jugak yang dah tahu . pikir punye pikir aku tekad jugak nak beli. sape yang tak nak cantek kan . habaq maii ..

 

tadi aku dah pun mesej salah sorang agent produk nie .  die pun baru jugak pakai produk tu, tapi dah jadi agent. bets tau .. tue pun aku dapat tahu lepas baca blog die dari FB nie . kire aku nie salah sorang peminat blog die lah katakan . but until now tak dapat ape2 reply dari die lagi.. 

Tengah menunggu -_-

Satu senyuman sebelum pergi kelas ;)

Nak bukak blog pun teragak-agak . nak posting pun teragak-agak jugak . sempat ke nak post banyak-banyak . nanti terlambat nak pegi kelass . hee .. kebetulan aku dah siap awal, sambil nak tunggu housemate bersiap,  cube untuk gigih bukak laman blog nie jugak . kadang-kadang dah tak tahu apa dah nak taip . tak tahu apa dah nak cerita & kongsi dengan semua orang kat sini . even setiap hari ada perkara baru yang berlaku dalam hidup nie tapi biarlah menjadi rahsia dulu .. okey ?  

oke hari nie hari khamis bersamaan 6 oktober 2011 .... dah sebulan aku tempuh semester baru nie . Alhmadulillah nothing impossible untuk berubah jadi lebih baek kan . harap berterusan lah . AMIN .. class hari nie memang agak full, start pukul 1030 sampai 430 petang nanti. rest untuk makan & solat je lah. malam karang ada satu lagi class. keje dah bertimbun, even tiap hari settlekan keje baru, ada lagi keje yang datang. dugaan .. tabahkan lah hati ni .. ;)

Before nak pegi class nie, nak bagi satu senyuman sikit . nah !!!

Kembali menulis :)

Hollaaa ~~~ 

I'm back  !... dah lame sangat tinggalkan blog nie lepas masuk sem baru awal bulan 9 hari tu . bukak je blog.. tup tup terperasan ada features baru dalam blog nie. kalau tak silap template kot . tapi satu pun aku tak berminat. baek guna features asal macam ni lagi bagus .  

Anyway just nak cerita sikit keadaan semester baru nie. aku dah sem 5 tahu . bulan 6 tahun depan insyaAllah jadi graduate lah . sem 5 nie agak berbeza dengan sem sebelum nie . yang penting sekarang aku dah duduk apartment baru . memang dekat sangat dengan UITM. sebelah menyebelah je . ade hikmah jugak aku pindah rumah yang dekat dengan kampus nie sebab semester nie ade 2 kelas malam . then, sem nie jugak aku dah kene start untuk buat research . cuti semester akhir bulan 1 - 3 nanti aku dah start untuk practical training jugak . semuanya satu pengalaman bagi aku untuk habeskan sisa-sisa belajar dekat UITM nie.. cehhhh waahhh !!! :)

Blog nie pun akan jarang diupdate . tak sama macam dulu . masa cuti semester 3 bulan . memang hampir tiap hari aku menulis dalam blog nie. tapi sekarang masa memang cemburu betol dekat aku nie . aku tak tahulah kenapa .. adoiii..  ~ 

Even busy macam mane pun aku tetap bukak blog nie. aku senyum sorang-sorang sebab ada jugak hamba ALLAH yang sudi meriahkan blog aku yang sunyi nie . haha . singgah menyinggah kan amalan mulia . hee .. 




Take care :)


Timetable For semester 5


 Timetable untuk next semester little bit oke lah bagi aku . cume agak resah sikit tengok jadual kelas malam . mule lah terbayang-bayangkan assignment yang bakal menjelma nanti . sebab selalunya time malam lah aku settle kan keje . sekarang ada kelas malam pulak, nampaknya kene arrange jadual baek-baek . Ada dua kelas malam untuk Research Methodology, hari  selasa & rabu . tapi based on experience masa diploma dulu, kelas research jarang ada, kecuali untuk jumpa dengan lecturer . harap-harap macam tu lah ye .

Then hari jumaat cuma ada due kelas time pagi je sampai pukul 10 . lepas tue boleh lah bawak diri jauh-jauh . boleh lah aku amek masa lari dari melaka balik ke pahang . heee :)


p/s : perubahan sentiasa ada . kita tunggu dan lihat :)

Terase hati ? Sape suruh ????

Tadi aku ada terbaca dalam satu blog 'kawan' .. aku suka entry dia pasal 'terasa hati', then aku memang setuju seratus peratus . apa yang aku pikir memang sama dengan apa yang dia tulis . yelah kan , bak kata orang, dalam hidup ni ada masa kita suka, ada masa kita berduka , kadang-kadang ada masa kita membenci seseorang sebab tingkah laku dia . tapi ALHAMDULILLAH , aku tak pernah nak membenci sesiapa , walaupun sakit hati nie hanya tuhan je yang tahu . 

Orang kata, kalau kita terasa hati dengan seseorang, lebih baik diamkan aje . kalau diungkit takut makin teruk pulak . ya ! aku memang setuju sangat . dan aku tahu korang-korang pun mesti setuju bukan ? kalau perkara kecik baek diamkan je, tapi kalau perkara besar ?? ha paham-paham lah sendiri ...  satu lagi, sebagai blogger ni kadang-kadang ada masa kene hentam . kene ketuk . kene benci dek orang . dan macam-macam lagi lah . semuanya sebab ada orang kat luar sana yang terasa hati . terasa hati dengan apa yang kita tulis tiap-tiap hari dekat laman blog nie . adoii . memang dugaan bukan . ? 

Pengalaman memang mematangkan kita . pengalaman jugak mengajar kita jadi lebih baek . aku memang selalu berhati-hati dengan setiap penulisan, dan tak pernah menulis semata-mata nak meyakitkan hati orang lain . kadang-kadang apa yang kita tulis adalah sekadar luahan perasaan yang datangnya dari hati . tapi ada sesetengan pihak yang terasa hati . macam mana tue ? bak kata orang, 'siapa yang makan cili, dialah terasa pedas ' hah siapa ..siapa ????  


Kadang-kadang kita tak pernah nak mention nama dalam penulisan . ganti diri 'dia' dan 'engkau' memang dah jadi lumrah bila menulis . tapi bila ada pihak yang agak 'perasan' yang kata ganti diri tu ditujukan dekat dia , lepas tue nak terasa hati bagai, macam mana tue ? sapa suruh engkau terasa hati hah ... ? 'kawan' blogger aku tue ada cakap, takkanlah tiap-tiap penulisan nak mention nama sorang-sorang pulak, memang matilah macam tue . kita tuju dekat orang lain, tapi orang laen pulak yang perasan . adoyaiii ... pening kepale mak ooiii ....

Habes macam mane ? nak tulis ini tak boleh, nak tulis itu pun tak boleh jugak . semata-mata nak jaga hati orang yang 'terasa hati' , even kisah tu sikit pun takde kene mengena dengan dia ... nampaknya kena berhenti jadi blogger lah kot . tak sanggup mak .....    0,o

Seminggu je lagi. masa cemburu .. -_-

Wahh.. wah ... sampai juling-juling bijik mata nie lepas tengok dashboard dah berubah . haha. dah hampir seminggu tak bukak-bukak blog nie . biasalah kan bila datang je sifat malas dan bongkak terus pandang blog sebelah mata je . bila dah rindu mule lah terkapai-kapai nak cari balik . Eh jangan tak percaya tau, dengan blog pun aku boleh rindu tahu . tambah pulak bila hati tengah sedih , happy, suka, tak suka, benci , geram . Mule lah cari blog nak luahkan perasaan . sile lah percaya bulat-bulat . hee ;)

Macam mane dengan raya ? raya tahun nie aku memang sangat-sangat bersederhana . segala bende nak sederhana . mungkin itu lebih baek kan, daripada bongkak, sombong dengan orang lain sebab nak bermegah-megah dengan apa yang kita ada, apa yang kita dapat . Duit raya ???? haha memang tak payah tanya lah . sape tanya cepat-cepat aku tumbuk laju-laju . ha ade berani ? hee . kalau dah nama pun umur dah meningkat jangan haraplah nak kumpul duit raya beratus beriban macam kecik-kecik dulu . kalau dulu siap cari botol kosong besar punye semata-mata nak simpan duit raya . tapi sekarang buat muka simpati hampir nak meleleh air hidung depan orang pun tetap tak dapat jugak . susah hati macam nie . T_T

Kalau dapat cuti dekat rumah macam nie tiap-tiap masa kan best . Tinggal seminggu je lagi aku nak bersuka ria kat rumah nie . sabtu depan dah balik kampus . Sob. Sob... sedih nye .. sayu hati nak tinggal rumah . Kadang-kadang kan aku rasa macam semalam baru je aku sampai rumah nak mula start cuti macam bulan 6 dulu lepas habes intersession... tuhan je tahu betapa happy nye aku dapat cuti balik rumah hampir 3 bulan . tapi masa memang cemburu kat aku kan . ? tengok-tengok minggu depan nak kene balik melaka dah . sedih ! tersentap hati nie tahu !!! 

Boleh tak nak putar jam balik ? nak tukar kalendar bulan 6 dulu . lepas tue tak nak tukar-tukar dah . boleh tak ? aku tak ready nak masuk class, tak ready nak terima kenyataan lepas nie aku sebok dengan assignment, quiz, test memanjang ...     TAK NAK !!!!!!!!!!!!!!!



Sile lah tatap sampai juling . Aku memang sayang diorang dari sekolah lagi ... BFF ;)

Ramadhan terakhir dan Selamat Hari Raya semua !!!

Semalam aku buat satu keputusan lagi . Keputusan yang aku sendiri tak tahu pangkal hujungnya . Cuma berharap ada sinar bahagia . Amin ..   :)

Eh malam nie malam terakhir Ramadhan . pejam celik pejam celik akhirnya Ramadhan dah nak meninggalkan kita . Semoge dapat jumpa Ramadhan berikutnya lagi . InsyaAllah . Alhamdulillah aku dapat jugak habeskan Ramadhan tahun nie dengan keluarga . tak sama macam tahun-tahun lepas tau . tahun nie agak bermakne bagi aku . mungkin susah nak jumpa keadaan macam nie bila dapat bersahur dan berbuka dengan keluarga, umi dan abah dari awal sampai akhir Ramadhan hari nie . 

Esok raya ke ? ? ? suasana kat sini sunyi sikit, tak sama macam kat kampung , masa ni confirm dah dengar bunyi meriam buluh , mercun bola lah ape lah . KBBOOMMM KBBOOMMM KEEBBAABBOO !!!!     Hee.. seronok kan ... tapi tahun nie aku tak balik raya, mungkin raya haji kot . bile dengar lagu raya, takbir raya , barulah dapat feel raya sikit, kalau tak memang sunyi sangat . hurm .. mungkin jugak sebab perasaan aku tak menentu sejak due menjak nie yang buatkan aku rasa sunyi kot . 

Lepas tue, masing-masing sibuk nak hantar mesej ucap SELAMAT HARI RAYA dekat kawan-kawan, boipren, girlpren, mak, abah, datuk, nenek, mak usu, pak usu, sape-sape jelah kan . sampaikan line pun dah naek giler, kejap oke kejap tak . tapi ape pun tadi aku sempat jugak hantar ucapan raya dekat budak-budak tue . bile ucapan tue dibalas balik mulelah nak senyum sorang-sorang . HEE . ape kes kan !  

Entry tak nak panjang lebar . cume nak ucap SELAMAT HARI RAYA kepada semua blogger yang sudi singgah blog nie . Andai terkasar bahasa selama berblogging kat sini harap dimaafkan ... :)




SELAMAT HARI RAYA SEMUA   ;)

Aku tak punya siapa , tapi aku punya hati dan perasaan

Sesuatu terjadi dekat diri nie . tapi aku tak kuat . aku tak kuat nak tanggung semua sorang diri . tapi aku tetap gagahkan diri hadapi hari-hari akan datang . memang perit . perit sangat , hati nie hancur ! , mungkin susah nak kembali macam dulu lagi . Tapi kenapa semua nie terjadi dalam saat-saat aku perlukan seseorang untuk berbicara . sungguh perit Ya ALLAH.. aku kecewa . :(

Rupanya bahagia nie hanya sekejap untuk aku . memang susah aku nak tempuh semuanya . tapi aku akur dengan keputusan yang aku buat . mungkin itu lebih baik . aku berserah ya Allah . ini semua takdir buat aku . agak susah untuk aku terima, tapi aku kuatkan juga . betapa kuat nye dugaan yang KAU beri pada aku hari nie . tapi aku tak nak menyalahkan sesiapa . aku sedar dengan kekurangan diri yang terlalu banyak . aku tak mampu jadi sempurna . aku hanya lakukan apa yang termampu di saat diri nie masih gagah untuk berbicara dan tersenyum . 

Aku selalu mengingatkan diri supaya memaafkan kesilapan orang lain walau sebesar mana pun hati ini terluka, aku tetap memaafkan . tapi walaupun kemaafan itu sentiasa ada, belum bermakna aku lupa semuanya .   Hurmm.. kadang-kadang aku terfikir, kenapa dunia nie terlalu kejam buat aku ? kenapa di saat aku gembira perlu ada duka ? kenapa ya ALLAH .. air mata nie dah kering untuk tangisi semua nie . aku penat . penat sangat ! penat memikirkan nasib diri sendiri . 

Aku sentiasa akan berdoa . terus berdoa supaya aku dan mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti . kepedihan dan kekecewaan yang aku tangisi hanya Allah saje yang tahu . Aku belum kuat untuk ceritakan pada orang lain . cukuplah aku sorang je yang tanggung semua nie . mungkin juga takkan ade sorang pun yang akan faham kesedihan ni . 

Kuatkan aku YA ALLAH    :'(


   
    

CONTEST DUIT RAYA DELICIOUS-CUPPIES!


Nie entry melekat sampai 25 August 2011 . Entry baru sile scroll ke bawah ye ;)

Yummyy.. Yuummyy...  sedapnye cupcake tue . 
Now nak join contest duit raya . Hadiah yang lumayan tau . Nak join click bawah ye ;) 

Untuk makluman semue, sekarang Delicious Cuppies tengah buat promosi untuk raya tau . Tak lame dah nak raye , kalau nak cari pelbagai pilihan kuih raya dan kek boleh lah order dengan diorang . Harge memang sangat berpatutan . Tak rugi tau ;)

Tarikh tutup  : 25 August 2011


First Giveaway by Amalina Athman


Join GA dari Amalina . Hadiah memang comel-comel tau . Excited ! 
Senarai sponsor :


Jom tengok hadiah kat sini 

14 August - 14 September ;)


5 things make me crazy !

Hi guys !
Dah lame tak buat entry baru . Asyik join GA je, hee . nak buat macam mane, kalau dah bosan time cuti panjang macam nie, ape salahnye kalau nak cuba nasib kan . mane lah tau tuah berpihak pada I. InsyaAllah . Oke cube baca title kat atas tue balik, agak melampau kan? haha . Ape sebenarnye yang buat I giler a.k.a hilang pertimbangan ? Sebenarnye hari nie just nak share 5 things yang I suke jadikan as collection, then mate I terus hampir juling-juling tengok barang tue . :D

1st thing - Blouse

Memang I jenis suke kumpul blouse, kadang-kadang hampir tak terpakai . Kalau keluar shopping memang selalunye make sure I akan beli blouse . Memang rambang mata , sebab tue tangan pun rambang jugak nak beli. hee. Tapi buat masa nie blouse collection dalam almari takde lah terlalu banyak, sesuai lah kan dengan title student sekarang, hanya mampu beli baju untuk pergi ke kuliah je . Blouse jadi pilihan compare t-shirt maybe sebab blouse nie buat I kelihatan sopan kot. hee .

2nd thing-Wedges & shoes
  

                              
Ha nie satu lagi yang buat I giler bile ternampak kat mane-mane kedai @ shopping complex . Cume sekarang tak dapat nak buat collection banyak-banyak lagi. Mungkin satu hari nanti penuh almari kasut tue. hee. Memang excited sangat bile nampak wedges yang comel-comel tue . Disebabkan I nie dalam category tinggi, so dalam pemilihan wedges kene lah pilih yang sederhana & tak terlalu tinggi. Kalau tak memang nampak macam hantu galah jawabnye .

3rd thing - Hand bag 


As student, of course lah beg memang menjadi the 1st thing yang wajib kan . Betol tak ? Memang naik juling tengok kedai beg . Comel-comel kot . Kalau nak beli beg, kene jugak pilih yang besar-besar , kalau yang kecik, takkan nak letak purse dengan pencil box je kot pergi kuliah . So nak tak nak beg besar jugak jadi pilihan even I memang adore dengan beg yang kecik . Tapi takde lah besar gedabak sampai boleh taruk orang dalam tue .

4th thing - Acsesorries


Wahh  ! aksesori lah ... esspecially gelang tangan memang jadi my favourite dari sekolah lagi . Harge pun murah-murah, sesuai lah sebagai student kan . Kalau keluar memang I make sure gelang dekat tangan mesti ade even satu or due . Ye lah kan, bak kata orang gelang or aksesori nie pelengkap gaya kan . Even pakai shirt sekalipun, kalau ade aksesori, pun dah nampak chantek !

5th thing - Shawl


First time I pakai shawl nie memang takde keyakinan langsung . Kadang-kadang bile keluar selalu nak pikir negatif je . Terase macam orang lain dok pandang je kat kite . haha . Rase macam tak sesuai je pakai shawl dengan bentuk muka nie .  Mule-mule try pakai tudung awning dulu, baru lah try shawl pulak . Bile dah banyak kali pakai baru lah timbulnya keyakinan tue . hee .Now I tengah try collect seberapa banyak shawl & inner ikut kemampuan lah kan . Tapi tudung bawal still dalam collection lagi ;)



Penat dah membebel  . Tapi tu lah 5 things yang buat I hilang pertimbangan bile keluar shopping . Korang pulak macam mane ? 









"#1 GIVEAWAY KECIK : LOVE AND YOU"

Oke . entry sepantas kilat sambil join Giveaway dari Cik Mot . Dapat keychain comel tau .


Mudah dan senang sangat ! 

Tutup 16 August , 12 malam ;)

Giveaway Raya By Miss Nadya


Tak tahulah kenapa sekarang nie I tengah rajin bebeno nak join contest @ GA . hee . Lagipun sekarang ramai tau buat GA hari raya, ade dapat kad raya, duit raya pun ada . Macam GA nie, Miss Nadya nak bagi duit raya + kad raya . Hope bertuah lah ye ;)

Last day : 18 August 2011 pukul 12 tengahari 

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda


Jom rileks jap .... Nak x kalau blog kene promote . Sape yang tak nak kan . Tambah lagi macam blog ni yang agak sunyi sepi . haha . Setiap hari 2 blog akan di rpomote , so kene selalu up to date larh . Sape cepat, blog die akan di promote dulu .

Tarikh tutup malam nie pukul 10 malam

Sling Denim Bag Giveaway

Oke nak join GA lagi  . Kali nie dari Norsharmila . Ape yang buat I tertarik nak join sekaki nie sebab hadiah die . Dah tau kan ? confirm lah sling denim bag . Wahh . excited !

click untuk join

Tarikh tutup 19 August 2011 - Jumaat :D

Oke Done !!

Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim

click banner untuk join

Wahhhh ~~ I tengah excited nie nak join segmen dari Cik Ct Fairus Ibrahim . Tambah lagi bab-bab duit raya nie memang bertambah eksited lah kan. haha . Tak sedar-sedar dah beso panjang . Aduussshh !

Nak tau hadiah-hadiah die ? 

1. Kad raya big size + 3D kartun + bunyi2 & Duit raya RM20

2. Kad raya kecik sikit dari size yg no.1 & duit raya RM15

3. Kad raya size sederhana & duit raya RM10

4. 3 orang pemenang saguhati akan menerima kad raya & duit raya RM5 

Now I nak tag : 

Done ! Last day : 21 August 2011

STEP 2 SEGMEN SIMPLE : TEMA WARNA SAMA DENGAN SAYA

Hi guys ! Happy blogging yaa ~

Semalam I dah join satu segmen dari abang Nasz, kat sini SEGMEN SIMPLE : NASZ CARI BLOG , yang tue the 1st step, oke now second step pulak, segmen tema warna sama dengan saya . Dalam step nie, semua blogger yang join sahaja yang 'wajib' terjah semua blog yang join dalam segmen lepas, at the same time cari tema warna blog yang same dengan kita . Kalau I konpem-konpem lah kene cari tema blog PINK kan . hee . Segmen kali nie digalakkan untuk follow dan berkenalan antara satu sama lain . Blogger yang join adalah seramai 76 orang . Dan sesi terjah menerjah bermula ~~~~~~~ ^ ^ 




Dah habes terjah dan berkenalan akhirnya nie lah senarai blog yang sama tema dengan I, of course larh semua gurls kan . So cute !! Jom kenal-kenal dengan diorang :



SEGMEN SIMPLE : NASZ CARI BLOG

Percubaan pertama dengan abang Nasz berjaya dapat Domo . Tapi segmen kali nie pun simple jugak, bagus lah abang Nasz nie , even hadiah ciput-ciput pun segmen die tetap dapat sambutan . Tapi ape pun hadiah bukan jadi  keutamaan kan . Segmen yang nie abang Nasz nak cari seberapa banyak blog, ape tujuannye akan diberitahu kemudian . Urm .. Agak-agak ape ek ? Yang aku agak segmen blog review kot . hee :D 


Click banner untuk join .
Tarikh tutup 14 August 2011 (11.59 malam ) last minute lagi

Oke done !

Nak Chicken McNuggets !!



Nak  Chicken McNuggets !!!!!


uwwwaaaa ~~~~ !

GA sapa nak shawl nie ?


1 x Shawl Lycra Two Tone : Grey+Purple 

1 x Shawl Lycra Ribbon : Black


GA yang mudah, simple dan senang. Dari Puan Kutu . Nama yang comel dan unik .hee.
Puan kutu cakap shawl tue belum digunakan lagi lepas beli secara online . Shawl nie panjang dan sejuk . Menarik kan ?

Tarikh tutup akan diumumkan kemudian :D

Menang GA lagi. Domo tue memang milik aku

Hollaaa... selamat pagi dunia . Alhamdulillah hari nie dapat bersahur macam biase .
Bukak emel tadi memang terkejut lepas dapat tahu yang aku menang GA lagi dalam 'Domo itu milikku' . Wahhh .. memang tak sangke lah . Even last minute join, kalau dinamakan rezeki itulah die kan . Bayangkan GA ditutup pukul 11.30 malam tadi, pukul 11 baru terhegeh-hegeh nak buat, dah siap terus je submit kat abang Nasz. Agaknye domo tue memang dah ditakdirkan untuk aku . hee . Dari 100 yang join, lepas dipilih menggunakan random.org, 4 orang terpilih termasuk aku . Kalau sebelum nie no 404 yang bertuah, sekarang no 94 pulak . No 4 jugak kan ? Rezeki......



Thanks abg Nasz . Thanks random.org . Thankz domo :D

Giveaway [sitiatikah.com] Bulan Ramadhan

Time blogwalking tadi, tibe-tibe ternampak satu GA. so dengan penuh excited nye aku nak join GA dari Siti Atikah . 

Nie lah hadiah yang bakal dimenangi :

RM 260 (RM 100 + RM 50 + RM 50 + RM30 + RM 20 + RM 10)
Domain + Hosting
Topup RM 20
Kad Raya
Keychain Singapore
Keychain Sarawak
1 CD Trust Port Total Protection edition 2011

Sangat lah menarik bukan .?

Tarik tutup, 20 August 2011 
Menggunakan random.org untuk mencari pemenang

Sponsor :

Hamba Allah

Oke done :D




Kecik nak bagi kad raya laa ..

Dekat-dekat nak raya nie, ramai pulak blogger baik hati bagi kad raya kan. Lepas terkilan tak dapat kad raya dari Cik Ana tadi, ape salahnye nak mencube nasib kali kedua kan . Kali nie dari Kechik pulak .


Sile click kalau nak join.
oke done ye ;)

Giveaway simple : Domo itu milikku ;)


Nak domo.. nak domo...
Nak join GA dari abang Nasz . 
Tarikh tutup malam nie, pukul 11.30 mlm.. sempat lagi aku join ye . Takpe2 domo punye pasal :D

Done !

Blog Review : Follower ke 600

Selamat berbuka bagi umat Islam yang berpuasa hari ni ye .Entry nie aku taip sepantas kilat yang boleh sebab dah tak lama nak berbuka nie . Godek-godek blog tadi tibe-tibe ternampak follower yang dah capai lebih 600. Alahamdulillah . Syukur sangat . Terima kasih yang sudi follo .

Oke, tak nak cakap banyak, nak review blog bertuah hari nie . Hazeim Miezah . Wah ! comel gitu nama die secantik tuan die kan .


Jom tengok blog si cantik manis nie...


Sweet macam lolipop kan . Ape pun aku memang dah jatuh hati dengan header die . Comel dan menarik . Bukan jatuh hati dengan pakwe die tau . hee . Layout kombinasi warna purple dah hitam . Nice ! Ha .. satu lagi yang aku kagum, die letak lagu yang ala-ala rock gitu . Kalau tak silap nie lah 1st blog yang aku jumpe letak lagu rock, tapi tuan empunya badan adalah seorang perempuan ayu. hee. . Keep it up ye dik :D

Jom ramai-ramai pakat terjah blog die kat sini  Hazeim Miezah ....

Selamat berbuke puasa !!!



p/s : Follower yang ke seribu nanti akan terima hadiah . InsyaAllah ..


Suke ke blog nie ?

Sebenarnye agak berat aku nak menaip entry kali nie . Bace title atas pun korang dah menyampah kan ? harap takde lah ye.  heee ;) Tapi ape pun aku gigihkan jugak menaip sekadar yang mampu .


Ade sorang adik manis nie tanya aku kat shoutbox, mane button like ? button like ape? alaaa.... button like FB tue .... tau kan . tau kan.. sebenarnye sebelum nie dah ade sorang blogger boy tanye bende yang same, tapi aku just abaikan . Alah . aku nie bukan nye femes macam blogger2 lain tue . Takde maknenye nak like2 nie . 

Tibe-tibe semalam ade lagi yang bertanya, akhirnya aku tekad nak buat entry nie . Oke lah straigth to the point . Sebenarnye aku memang dah buat button like kat sidebar tue sebelum nie, tapi disebabkan kurangye confident bak kate orang, tak sampai sehari aku terus je delete . Yelah kan, ade ke orang nak like blog nie ? Ade ke orang suke blog nie? so aku dengan rase rendah diri nye terus delete button tue . Macam aku cakap tadi, aku nie bukanlah blogger femes . Menaip ikut suka je . Aku hanyalah sorang blogger yang hanya menaip bila rase perlu, bile ade mood, and bile ade bende yang aku nak cerita . Senang cerita semua tentang personal dan nak kongsi dengan semua orang yang bace . Ade ke orang nak like blog nie ? Memang tidak lah kan. . hee...

So, atas permintaan kawan-kawan, aku letak balik button like tue . Suke atau tidak? bolos saje dinding itu. . ! Kite mane boleh paksa orang suka pada kita kan . So same lah konsep macam situasi sekarang nie . Suke atau tak blog nie ? Terpulang pada diri masing-masing . Tepuk dada, tanya nak makan apa berbuke nanti . hee...

Chill dear   !!!     :D 



Menang Giveaway : 440 no bertuah

Selamat pagi dunia . :D
Mulekan hari anda dengan sahur ye . Ni lepas sahur dah tak tau nak buat ape . Sebab nak elakkan tertido, blogwalking lah keje yang agak baik buat masa sekarang sambil-sambil nak bagi tahu yang aku menang Giveaway tau dalam Mega Giveaway -Cik Yana dan Cik Putih

Dari 818 peserta, cuma 65 dipilih melalui random . Agak gigih aku mencari.
 Tak sangka bertuah jugak no 440 .


Semua hadiah yang awesome. Betul-betul puas hati . Dan aku dapat momo clctn . Tapi sebenarnya aku pun tak tau momo tue ape . haha. Biase lah kan agak ketinggalan zaman . Mane tau bende2 nie.. Ade sape-sape yang tahu tak ? 

Ape-ape pun TQ Cik Yana dan Cik Putih.. Dah macam kembar aku tengok diorang nie ;)



Cik Ana ! nak kad raya tu !

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua !!!!


Eh belom lagi ke ? ingatkan dah raye... hee
Bila tiba hari raya kan, teringin sangat nak daptkan kad raya yang comel-comel... macam kad raya nie .


Comel kan. .kan . kan..

  So aku nak join satu segmen dari Cik Ana... Harap-harap dapat lah kad raya comel dari Cik Ana tue ye.....


(kalau nak join click banner atas ye)

Ha nie die pantun 2 rangkap dari aku. .

Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.

heee... oke tak . oke tak ?

Tarikh tutup  : 13 Ogos (6 petang)




Gambar itu berkata-kata

Ini bukan entry Wordless Wednesday atau entry jiwang menjiwang. haha ~ Hanya sekadar satu gambar yang agak poyo untuk tatapan umum.

Bermadah helah pulak aku nie. Kan senang kalau cakap yang sebenarnye aku agak malas nak update entry panjang-panjang. Abes cite. . . :D


Sila lah muntah berbakul-bakul tengok gambar tue ye. Masih sempat capture sebelum nak pegi bazar, dengan perut berkeroncong yang hampir nak terkeluar usus . Yang sebelah tue pulak muka nak mintak nasi 3 pinggan sembil kembang kuncup hidung mintak simpati. OMG !!




p/s : Adik tanye, "Ko nie nak pegi bazar ke nak jumpe pakwe ? "

Oh. yang pastinya kalau nak jumpa pakwe lebih chantek dari nie. Itu lah jawapan spontan dari aku :D

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign