Pages

Jatuh katil dan bersyukur padamu ya Allah.

Adoi ....

(sambil urut kaki dengan minyak gamat) 

Agak malang sungguh nasib aku hari nie . Tak pernah-pernah jatuh katil sejak aku membesar nie, dulu kecik-kecik laen cerita lah kan. Nie semua gara-gara tersalah pijak bucu katil. Lepas tue ..

GEDEGANGGGGGGGG !!!!!!

Nangka busuk jatuh. hahaha ~~~
 Baek punye jatuh sampai buku lali membengkak sampai sekarang... Adoyai.. Ape lah nasib . 

Ada hikmah agaknya jatuh katil hari nie, sebabnya aku bersyukur sangat-sangat dapat result cemerlang dalam intersession exam bulan lepas... Alhamdulillah.. 
Sekarang dah boleh senyum sampai telinga dah .. ^,^

Tak sia-sia habeskan masa sebulan lebih amek intersesi , walaupun dalam hati rasa cemburu giler tengok orang laen dapat cuti panjang. Nie semua gara-gara sistem Uitm ...
Tapi takpe.. barang yang lama usah dikenang.. haha... 
Alhamdulillah sekali lagi .. Tak henti-henti ucap syukur dari tadi...



Aku bersyukur padamu YA ALLAH  =)


Result Intersession keluar hari nie ?

Dari pagi tadi aku dok cek e-mail tiap2 jam, lepas tue cek student portal, tapi hempeh tak de pun result intersesi. Betul ke keluar hari nie ? 
Dekat FB budak-budak nie dah excited, masing-masing letak status pasal result, bila di tanya masing-masing tak tahu nak cek kat mane. haha. ~ 

Ape pun aku still menunggu. Moge2 lulus dengan cemerlang macam result baru-baru nie.
Baru boleh tersenyum lebar sampai telinga . Tapi sekarang still juling-juling lagi selagi tak dapat cek. @_@



Qistina First Giveaway

Eh Cik misi tag aku join GA larh. Kebetulan minggu nie free then rajin sangat kan, so aku pun nak join sekaki jugak larh.


Alahai. comelnye banner die kan. GA nie datangye dari Qistina. Blog die pun comel. Ade blink2 gituh.
Syarat2 die pun senang. Nak tau sile click banner atas tue ye .

So kite tengok sape yang kena :



Apa tue Wordless Wednesday ???

Entry nie khas untuk semua blogger baru, blogger lame a.k.a 'Otai' sila tutup mata oke.
Tapi aku rasa blogger baru pun memang dah expert dunia blog nie kan.
Apa pun just nak sharing. Sharing kan caring. Hee ~


Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan ;)
By : wiki.answer.com

So jangan pelik kalau tiap2 hari rabu ramai bloggers post entry bergambar je. 

Dah faham kan. So sekarang nak dapat topup free tak ?
Sumbit link korang dekat sini : Wordless Wednesday

Wordless Wednesday # 1


Rindu :(

Jom Sertai Blog Pilihan Mingguan Askrie Hishamuddin!

Minggu nie aku excited nak join contest je hah. Mane lah tau ade rezeki untuk bulan puasa & raya nie kan.
Bak kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Ceh !
Tak nak cakap banyak oke ! Sekarang aku nak join segmen dari abang macho pulak. 


Sebuah blog yang kemas dan cool je. Syarat2 yang tersangat lah senang. Sesiapa berminat click sini ye.

Oke done ! ^,^




Giveaway Cik Tasya

Even mood tak berape nak oke nie aku nak join satu lagi contest yang hampir-hampir nak tamat nie. Aku je agak lambat bace GA nie. hee :)

Photobucket

Giveaway dari Cik Tasya kite yang cute nie untuk tambah follower die.
So semua blogger perempuan jom same2 join GA nie ye. Kalau ade rezeki menang lah.

CLOSING DATE : 28 JULY 2011

Kenapa dengan Gengblogger ???????????

Kenapa dengan Gengblogger sekarang ?
Semua orang hadapi benda yang sama macam aku ke ? Ke aku sorang je yang jadi macam nie ?


Aiyoo ` Amma ~~ Appaa  ~~~

Anyone ada solution tak untuk solve problem nie ?

^_^

Mega Giveaway - Cik Yana dan Cik Putih

Disebabkan aku tengah rajin sekarang, so aku nak join satu lagi Giveaway yang comel lote nie. 


           Senarai Sponsor :
  • Scarf Sweethoney
  • Wirda Azurainie.
  • Droplet House *semua peserta tlg LIKE di ALBUM ni*
  • Lens Mania
  • Ayu-Raudhah Shawlstore
  • Nora Nabella
  • Applepinkbow
  • Syafeika Edora
  • pixel mania
  • Wan Hazel
  • Momo Chan Collection
  • NHL Colloection
  • Kei Seinchi
  • Sya Razali
  • Aimi Craft
  • Habibi Hamid
  • Shawl Az
  • Imann Abdul
  • Aan Boutique
  • KZ Nabihah Boutique
  • Ciktiqz Adamaya
  • Tri Fa
  • Kittyshawls

    Jom-jom pakat ramai2 kite join Giveaway nie sebelum terlambat. Senang sangat.
    Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, jom singgah blog Cik Yana dan Cik Putih nie ye :)


    So 3 blogger bertuah yang akan di tag ialah :


    -Niesa 
    -Miss Epa
    -Shaheila





Ecadwinkyasha's giveaway :)

Hollaaa ~
Jom join Giveaway comel nie. 


Tuan giveaway nie cakap die nak buat satu giveaway kalau follower dah cecah 500. Sekarang dah cecah hampir 500 lebih dah. Wahh !! Congrate dear :)

GA nie senang sangat . Tak payah nak memeningkan kepala anda semua tau. 
Jom lah same2 join.
Nak tahu syarat2 die . Click sini ye . (GA)


1 # Silent Word







Kecewa :(

Aku kecewa . 
Tapi bisikan hati nie tak pernah seorang pun tahu .
Aku lebih rela berdiam diri . Mungkin itu lebih baik . 
Tak perlu nak diluahkan kepada sesiapa. Sebab aku tahu tiada seorang pun yang akan faham hati dan perasaan ini .

Dan akhirnya . .


Aku menangis sekali lagi . .


Bertukar wajah buat kali kedua

OMG ! OMG !
What's wrong with me ?
Gatai betul tangan nie nak tukar baju blog lagi. Kalau tengok entry bawah nie, baru je nak excited dengan baju baru, tapi tak sampai seminggu pun dah ada baju baru lagi . Oh may God !

Tapi itulah hakikat yang berlaku sekarang. Aku baru je siap mengedit dan tukar baju untuk blog kesayangan nie, biarpun baru je tukar hari tue. Bukan tak tetap pendirian oke ! Cume selalu nak cuba sesuatu yang baru dan capai kelainan. Boleh kan . Boleh kan. Hee ;)

Sebelum nie oren menjadi pilihan. Sekarang aku kena terima kenyataan hati aku tak dapat lari dari warna pink. OMG ! Even dah cuba nak come out dengan warna purple or blue. Tapi tetap pilih pink. Ape pun aku harapkan tema pink kekal buat sementara nie ye . Oke bye shubidubidu :0

Blog berwajah baru

Hollaaa .

Dalam hati ade taman gituh. Alhamdulillah today nothing bad happened to me. Syukur diberi peluang untuk bernafas lagi. Dan akhirnya siap jugak tukar pakaian baru untuk blog kesayangan nie. Haaa.. :D 
Ape macam , Ok ke tak ? Warna orange gituh. I loike larh. Bekerja keras sungguh aku tadi nak siapkan semua nie. Takde lah banyak sangat perubahan. Bile dah ubah background, yang dalam pun kene ubah jugak, untuk nampakkan keserasian. Hee. 

Anyway aku memang happy tengok hasil usaha yang tak seberapa nie. Takde lah expert sangat dalam pemilihan warna or everything, tapi hari nie pak cik google dah banyak tolong aku. Akhirnya macam nie lah hasilnye. Dari pink color to orange color. Ape pun warna terang is my favourite and jadi pilihan. Decide punye decide aku pilih warna oren. Lepas nie kalau dah bosan tukar color laen pulak. Hollaa ~

Lupe nak print screen yang lame buat tatapan. huh !

Dia gembira dengan kita atau tak ?

Kalau hari-hari sedih bila kita nak gembira kan. Mungkin senang nak buat diri sendiri gembira. Tapi susah nak buat orang lain gembira. Ape yang orang lain fikir sama sekali susah nak sama dengan apa yang kita fikir. Betol ke? Atau masalah nie timbul sebab kurang memahami antara satu sama lain ? Huh ! Entah la. 1000x fikir pun belum tentu dapat jawapan muktamad kan. 

Bila kita berhadapan dengan seseorang. Mungkin seribu satu persoalan akan timbul. ' Dia betul-betul ke gembira dengan aku nie? ' . ' Kenape aku tengok muka dia sedey je, die tak happy dengan aku ke? ' . ' Aku dah cuba buat itu ini, kenapa dia tetap tak faham aku lagi? ' . ' Kenapa lah masalah nie selalu timbul, aku dah tak larat nak pikir dah. ' . Dan macam-macam lagi lah. Bila kita berhadapan dengan seseorang, kita selalu mengharapkan pertemuan itu berakhir dengan baik. Kita mengharapkan orang tu gembira dengan apa yang kita buat untuk dia. Tapi hakikatnya kita tak dapat nak baca apa yang ada dalam hati orang lain. Hakikatnya kita tak dapat ungkap perasaan dia yang sebenar. Hurm. Memang susah nak memahami orang lain. Mungkin jugak orang lain susah nak memahami kita. 

Kadang-kadang perasaan gembira hanya diungkapkan dengan kata-kata, walaupun dalam hati sedih sebab nak jaga hati kita. Kenapa susah nak berterus terang? Mungkin menipu lebih baik agaknya.  Kita jugak selalu cuba nak gembirakan hati dan perasaan orang lain, tapi dia betul-betul gembira dengan kita atau tak? Kadang-kadang kan orang lain tak nampak kebaikan kita, tapi hanya nampak keburukan yang kita ada. Kenapa perlu macam tue?

Mungkin itulah hakikat bahawa setiap orang bukanlah sempurna di mata orang lain. 




Persoalan tinggal persoalan ............................................. ?



Cebisan kata di sebalik perasaan.

Sejak dua menjak tiga menjak nie tangan aku dah penat nak taip entry. Kalau online pun blog lah website last yang aku akan bukak. Percaya tak ? Kenapa ye? Ke aku dah bosan dengan blog? atau aku dah takde cerita yang perlu diluahkan ? Sebenarnya setiap hari mesti ada cerita baru, mungkin terlalu private dan tak perlu nak diceritakan di sini. Betol ke tak betol? Oke ke tak oke? Ahh ape-ape je lah, yang penting aku happy dengan life aku sekarang.  Aku masih dikelilingi orang-orang yang aku sayang. Aku tak mahu kehilangan mereka. Mereka lah orang yang membuatkan hari-hari aku bahagia. Sedikit pun hati yang terguris aku tak pernah amek peduli sebab aku sayang mereka ;)

Tomorrow ? I'm waiting for tomorrow. hee. Hope plan yang dirancang menjadi lah ye. Sekarang masa untuk chenta. Really miss him now. Entry baru pasti akan menyusul nanti, Just cepat atau lambat je ;)

 : Sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk diri sendiri dan orang lain itulah yang terbaik ;)

BERSIH + niat KOTOR

Assalamualaikum

Dah lame sangat aku tak update blog. Tak tau kenape jari2 nie malas betol nak menaip entry. hee. Kebetulan semalam calling2 kawan lame. Then tibe2 she ask me something about the one hot issue, macam nie : ' Ko kan study pasal politik jugak, so y not ko bagi pendapat ko pasal isu BERSIH tue ' . Haha. agak kelakar lah soalan tue. Aku pun terus cakap macam nie. : ' Kalau ko nak dengar aku membebel pasal isu tue, nanti bace dalam blog oke. ' Hee ~. So dat's y larh aku rajin nak m'update blog hari nie ;) 

Back to the topic. Nie jawapan aku. :

Ok, everyone have their own opinion and view about this issue rite? so aku pun ade opinion aku sendiri, di mana aku memang sama sekali bantah dengan apa yang mereka buat. I did not agree ! (Sambil ketuk meja kuat2 !! ). Apa yang menjadi persoalan sekarang, mereka memang tak paham ke sistem negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi. Rakyat berhak bersuara, dan rakyat berhak untuk pilih siapa ketua yang mereka nak sebagai wakil mereka dalam kerajaan dan parlimen. Ya ! Rakyat memang berhak bersuara. Tapi bukan melantangkan suara dengan cara yang salah ! That's wrong ..  Satu perkara lagi yang buat aku geram ialah pihak yang cuba nak menghancurkan keamanan negara ialah mereka yang berjawatan tinggi, berilmu, dan berpengaruh dalam masyarakat. Of course larh berpengaruh kan, kalau tak macam mana mereka nak mempengaruhi pikiran rakyat dengan anasir-anasir yang tak masuk akal, semua yang kerajaan buat adalah negatif bagi mereka. So jelas & nyata mereka menggunakan ilmu yang ada dengan cara yang salah. Sanggup buat apa saja yang penting mereka dapat hancurkan negara terutama kerajaan kerana yang pasti mereka dapat tawan Putrajaya. 

Parti dan pihak mana yang menang dan yang kalah bukan menjadi persoalan sekarang, tapi yang mmenjadi persoalan di mata dan pikiran rakyat, kenapa golongan tersebut sanggup menggadaikan maruah Malaysia yang selama nie dipandang tinggi oleh masyarakat luar sebagai sebuah negara yang aman damai ? Kenapa mereka sanggup berbuat demikian ialah kerana mereka gilakan sebuah kuasa. Aku percaya kalau mereka sentiasa berfikiran positif dan pandang ke hadapan, perkara macam nie memang dapat dielakkan. Tapi yang berlaku sekarang memang sebaliknya. Gara-gara mereka,  masyarakat luar dah pandang negatif kepada negara kita, ekonomi dah menurun, pelancong pun dah takut nak jejakkan kaki ke sini. Untuk memulihkan ekonomi negara dan menarik serta meyakinkan pelabur asing semula bukan satu perkara yang mudah dan ambil masa hampir 6 bulan hingga setahun. So satu jangka masa yang panjang Bile ekonomi negara jatuh, rakyat jugak yang akhirnya menderita.

Sebagai mana yang aku tahu, antara negara ASEAN, Malaysia di tempat pertama sebagai negara yang paling aman. Dan antara negara di dunia nie, Malaysia di tempat ke 19 bagi negara yang mencapai tahap keamanan yang tinggi juga. ( If salah, sila betulkan ) . So kita sepatutnya berasa bangga dengan pencapaian Malaysia sampai tahap yang macam tue. Tapi bila negara hampir nak capai status negara maju, ade pulak pihak yang sentiasa tak berpuas hati dan cuba nak mejatuhkan dan memburuk-burukkan nama negara di mata dunia. Aku sendiri tak paham dengan manusia yang macam nie. Ade banyak medium dan cara untuk bersuara dan meluahkan pendapat, tapi bukannya dengan demonstrasi jalanan yang merugikan banyak pihak. Sepatutnya mereka berfikir lebih panjang sebelum membuat keputusan. Tapi aku yakin mereka dah berfikir panjang, disebabkan ketamakan kuasa melebihi segala-galanya, akhirnya ni lah akibatnya. Menyusahkan rakyat !

Done !

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign