Pages

BERSIH + niat KOTOR

Assalamualaikum

Dah lame sangat aku tak update blog. Tak tau kenape jari2 nie malas betol nak menaip entry. hee. Kebetulan semalam calling2 kawan lame. Then tibe2 she ask me something about the one hot issue, macam nie : ' Ko kan study pasal politik jugak, so y not ko bagi pendapat ko pasal isu BERSIH tue ' . Haha. agak kelakar lah soalan tue. Aku pun terus cakap macam nie. : ' Kalau ko nak dengar aku membebel pasal isu tue, nanti bace dalam blog oke. ' Hee ~. So dat's y larh aku rajin nak m'update blog hari nie ;) 

Back to the topic. Nie jawapan aku. :

Ok, everyone have their own opinion and view about this issue rite? so aku pun ade opinion aku sendiri, di mana aku memang sama sekali bantah dengan apa yang mereka buat. I did not agree ! (Sambil ketuk meja kuat2 !! ). Apa yang menjadi persoalan sekarang, mereka memang tak paham ke sistem negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi. Rakyat berhak bersuara, dan rakyat berhak untuk pilih siapa ketua yang mereka nak sebagai wakil mereka dalam kerajaan dan parlimen. Ya ! Rakyat memang berhak bersuara. Tapi bukan melantangkan suara dengan cara yang salah ! That's wrong ..  Satu perkara lagi yang buat aku geram ialah pihak yang cuba nak menghancurkan keamanan negara ialah mereka yang berjawatan tinggi, berilmu, dan berpengaruh dalam masyarakat. Of course larh berpengaruh kan, kalau tak macam mana mereka nak mempengaruhi pikiran rakyat dengan anasir-anasir yang tak masuk akal, semua yang kerajaan buat adalah negatif bagi mereka. So jelas & nyata mereka menggunakan ilmu yang ada dengan cara yang salah. Sanggup buat apa saja yang penting mereka dapat hancurkan negara terutama kerajaan kerana yang pasti mereka dapat tawan Putrajaya. 

Parti dan pihak mana yang menang dan yang kalah bukan menjadi persoalan sekarang, tapi yang mmenjadi persoalan di mata dan pikiran rakyat, kenapa golongan tersebut sanggup menggadaikan maruah Malaysia yang selama nie dipandang tinggi oleh masyarakat luar sebagai sebuah negara yang aman damai ? Kenapa mereka sanggup berbuat demikian ialah kerana mereka gilakan sebuah kuasa. Aku percaya kalau mereka sentiasa berfikiran positif dan pandang ke hadapan, perkara macam nie memang dapat dielakkan. Tapi yang berlaku sekarang memang sebaliknya. Gara-gara mereka,  masyarakat luar dah pandang negatif kepada negara kita, ekonomi dah menurun, pelancong pun dah takut nak jejakkan kaki ke sini. Untuk memulihkan ekonomi negara dan menarik serta meyakinkan pelabur asing semula bukan satu perkara yang mudah dan ambil masa hampir 6 bulan hingga setahun. So satu jangka masa yang panjang Bile ekonomi negara jatuh, rakyat jugak yang akhirnya menderita.

Sebagai mana yang aku tahu, antara negara ASEAN, Malaysia di tempat pertama sebagai negara yang paling aman. Dan antara negara di dunia nie, Malaysia di tempat ke 19 bagi negara yang mencapai tahap keamanan yang tinggi juga. ( If salah, sila betulkan ) . So kita sepatutnya berasa bangga dengan pencapaian Malaysia sampai tahap yang macam tue. Tapi bila negara hampir nak capai status negara maju, ade pulak pihak yang sentiasa tak berpuas hati dan cuba nak mejatuhkan dan memburuk-burukkan nama negara di mata dunia. Aku sendiri tak paham dengan manusia yang macam nie. Ade banyak medium dan cara untuk bersuara dan meluahkan pendapat, tapi bukannya dengan demonstrasi jalanan yang merugikan banyak pihak. Sepatutnya mereka berfikir lebih panjang sebelum membuat keputusan. Tapi aku yakin mereka dah berfikir panjang, disebabkan ketamakan kuasa melebihi segala-galanya, akhirnya ni lah akibatnya. Menyusahkan rakyat !

Done !

1 comment:

Izyan Masri said...

ALAMAK,KALAU KITEEE TADE KOMENLAH PASAL BERSIH NI.T_T

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign