Pages

Dia gembira dengan kita atau tak ?

Kalau hari-hari sedih bila kita nak gembira kan. Mungkin senang nak buat diri sendiri gembira. Tapi susah nak buat orang lain gembira. Ape yang orang lain fikir sama sekali susah nak sama dengan apa yang kita fikir. Betol ke? Atau masalah nie timbul sebab kurang memahami antara satu sama lain ? Huh ! Entah la. 1000x fikir pun belum tentu dapat jawapan muktamad kan. 

Bila kita berhadapan dengan seseorang. Mungkin seribu satu persoalan akan timbul. ' Dia betul-betul ke gembira dengan aku nie? ' . ' Kenape aku tengok muka dia sedey je, die tak happy dengan aku ke? ' . ' Aku dah cuba buat itu ini, kenapa dia tetap tak faham aku lagi? ' . ' Kenapa lah masalah nie selalu timbul, aku dah tak larat nak pikir dah. ' . Dan macam-macam lagi lah. Bila kita berhadapan dengan seseorang, kita selalu mengharapkan pertemuan itu berakhir dengan baik. Kita mengharapkan orang tu gembira dengan apa yang kita buat untuk dia. Tapi hakikatnya kita tak dapat nak baca apa yang ada dalam hati orang lain. Hakikatnya kita tak dapat ungkap perasaan dia yang sebenar. Hurm. Memang susah nak memahami orang lain. Mungkin jugak orang lain susah nak memahami kita. 

Kadang-kadang perasaan gembira hanya diungkapkan dengan kata-kata, walaupun dalam hati sedih sebab nak jaga hati kita. Kenapa susah nak berterus terang? Mungkin menipu lebih baik agaknya.  Kita jugak selalu cuba nak gembirakan hati dan perasaan orang lain, tapi dia betul-betul gembira dengan kita atau tak? Kadang-kadang kan orang lain tak nampak kebaikan kita, tapi hanya nampak keburukan yang kita ada. Kenapa perlu macam tue?

Mungkin itulah hakikat bahawa setiap orang bukanlah sempurna di mata orang lain. 




Persoalan tinggal persoalan ............................................. ?



1 comment:

Unknown said...

try buat org lain gembira tp diri sendiri x gembira..huhu

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign