Pages

Bersyukur dapat berpuasa dengan keluarga .

Alhamdulillah....

Akhirnya dah nak masuk hari ketiga umat Islam berpuasa kan. Bersyukur dapat jalani ibadah puasa tahun nie dalam keadaan sihat. tak sakit-sakit. dan especially bersyukur dapat berpuasa dan berbuka dengan family . gembira sangat. even adik aku lagi 2 orang takde dekat rumah nie. yang penting aku ada abah dengan umie. kalau tak silap sepanjang aku study dari Diploma dulu sampailah Degree sekarang, yang nie lah first time aku puasa sebulan dengan family. kire peluang bagi aku sebab dapat cuti semester panjang. lepas raya baru balik kampus. kalau sebelum nie peluang nak berpuasa dengan family sekejap sangat. itupun kalau aku rajin nak balik rumah. tambah pulak time Diploma aku study Terengganu. so jangan harap lah nak balik selalu kan. duduk dalam bas pun dekat separuh hari. boleh sampai tumbuh kematu punggung aku. haha ~

Kadang-kadang aku terpikir jugak kan, kesiannye dekat diorang yang dah takde mak ayah nie. macam mane diorang boleh jalani ibadah puasa dengan raya tanpa orang tersayang dekat sisi ? sayu je hah. mesti asyik teringat-ingat kenangan manis dulu waktu mak ayah diorang masih hidup. aku bersyukur sangat masih ada keluarga yang lengkap. bahagia. dan kalau boleh aku nak semua nie sampai lah dunia kiamat. aku tak sanggup nak berpisah dengan keluarga tambah lagi umie, abah. seriously tak sanggup. sebab tue aku bersyukur masih diberi peluang macam nie. peluang untuk berpuasa dan insyaAllah beraya bersama jugak tahun nie. 
Biasa lah kan sebagai manusia, bila kita dah kaya raya. hidup pun dah serba lengkap. mesti ada yang dah lupa mak ayah dan keluarga. apa pun aku sentiasa berdoa tak tergolong dalam golongan yang macam tue. 


Ek eleh... terlebih emo pulak aku tengah-tengah malam nie kan. esok pagi nak bangun sahur pulak. semoga kebahagiaan untuk hari-hari esok masih ada untuk kita oke . Chilll ~ !     :D






9 comments:

Abe Goreng said...

Slmt b,pose dgn family ye. :D

iMBobo said...

bahagianye dpt berbuka dgn family :) Selamat berpuasa :)

sha my heart said...

best kan berpuasa dgn fmli =)

zareliqa afiqa said...

Tentunya berbuka ngn family paling best..^^

AnNa FaRHaNa said...

tahun ni dpt puasa di rumah...sebab cuti smpai raya..klu xjwbnye puasa di u la..hehe..

mizct said...

berpuasa dengan family,, terbaik ! haha. btw, happy fasting to you.. :)

feza said...

rasa lengkap bila puasa dengan family..
Alhamdulillah

G3-lina said...

untung lha dpt berbuka dapat berpuasa ngan family~ T.T

Cik Bell said...

ble dok asrama kan..rindu nak pose ngan family..
ble dah dok umah..rindu nak pose ngan kwn lak.
haihs,,
hehe

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign