Pages

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Bismillahirrahmanirrahim ... 

Dah lama sangaaatttttt tak join apa-apa contest . but now nak aktif join contest pulak . Mana tau ada rezeki kan . kali ni nak join contest dari Norzi Beautilicious House , di mana diorang mencari sebanyak 222 blogger bertuah untuk join segmen ni . bakal dapat hadiah yang memang superb tao .. korang-korang yang berminat or memang dah giler contest tu jum join nak .. those yang tersenarai, bakal terima hadiah ni ....

1)DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
 2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit  (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Ha memang superb gedebooommmm kan .. jom join ramai-ramai .. nak join sila clik gambar bawah ye :) 

Lesen Memandu : Part 1

Sebenarnya tengah excited sangat nak buat driving license nih . dah tua2 baru nak buat kan . hello ~~ I'm just 23 okey, not 32 .. hee .. kebetulan baru habes degree . masih dalam tempoh pengangguran lagi, so before dapat kerja make sure lesen dah ada . senang nak gerak ke mana-mana . tak payah harapkan orang lain lagi macam dulu . sebenarnya dari study diploma lagi aku nak amek license, tapi keadaan tak mengizinkan . so niat murni yang satu ni terpaksa ditangguh dulu .  -,- maybe entry ni akan panjang sket dari before sebab aku nak ceghita dari mula . will be continue until part-part seterusnya :) 

Hari pertama - 12 August 2012 

Semua orang tahu kan 1st day amek apa-apa license pun mesti kene tempuh KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu) dulu .  Aku bermula dari zero, nothing in my mind . cuma pernah dengar dari experience adek yang no. 2. lagi advance dari kaklong dia nih . sentap ! -,- so that day awal pagi lagi dah kena bangun, sebab pukul 8 ade driver datang amek . sebenarnya rumah aku ni dekat dengan JPJ, so agak2 ada can tak nak bodek diorang ? hehehe ... 

 
Sebenarnya 1st day ni ada satu ceghita yang buat aku sedih patpuluhpat hari . huhu :"(   hari phone putih kesayangan hilang .. hurm ! nak dijadikan cerita, aku pegang phone dekat tangan sampai lah naek kereta terus letak atas peha dialaskan dengan beg . memang dari dulu style aku suke pegang barang kat tangan . sampai je tempat kursus aku terus turun kereta sampai langsung lupa yang phone still atas peha . aku lupa lupa lupa dan lupa sampai lah habes sesi pendaftaran . around 15 minutes macam tu lah . bila teringat terus cek dalam beg . okey phone takde kat aku, terus teringat kereta kakak tu . dalam hati cakap phone aku ada dalam kereta tadi . maybe jatuh atas seat . 

Sebenarnya tu ayat nak sedapkan hati yang tengah resah tu je . tapi hati jugak cakap maybe phone tu jatuh atas jalan tar time aku nak turun kereta . hah  ???? yang pelik, kenapa aku tak dengar dan tak nampak phone tu jatuh ??? 

Aku pun terus pergi dekat akak tu bagi tahu die yang phone aku ada dalam kereta .  kebetulan akak tu tengah sebok dengan sesi pendaftaran. so takde harapan aku nak pergi tengok phone tu ada ke tak. tapi disebabkan hati ni kuat cakap yang phone tu ada dalam kereta,  aku still buat tak tahu lagi, dengan harapan aku dapat phone aku balik time abes KPP nanti.  

Time dengar ceramah pasal mengantuk memang tok sah cerita lah kan . tambah pulak dengan sakit kepala, perut kosong sebab time tu bulan puasa . pukul 12 pm dapat rehat . time tu lah akak tu baru nak pergi cek phone aku dalam kereta dia . tunggu punya tunggu last-last dia balik tangan kosong je . dia cakap phone aku takde dalam kereta dia . uwaaaaaaaaaaaaa !!!! time tu tangan kaki rasa lemah dah . dia bagi aku kunci kereta suruh aku pergi cek sendiri . hah memang sah phone aku takde dalam kereta tu . time cari tu aku dah mula mengomel sorang-sorang . dah tak tau nak salahkan sape . salahkan diri sendiri je lah . huhu -,- 

Belum sampai situ je, harapan nak cari phone hancur terus lepas nombor tu dah langsung tak dapat nak call . ha nampak tak ?? that's mean memang sah-sah phone tu ade dekat tangan orang laen .. sapa malaun yang tak berhati perut tu ??? hanya ALLAH je yang tahu . hanya ALLAH jugak tahu betapa sedihnya aku time tu . -,-  

Phone aku takdela mahal macam phone korang semua . tapi kalau hilang duit sepuluh ringgit  pun kita dah bising kan. ini kan hilang phone yang harga beratus ringgit, kesayangan pulak tu . huhu sedih !!  

Dalam pukul 1 terus masuk kelas semula . time tu tok sah cerita lah fikiran aku melayang-layang jauh sampai mana. macam-macam yang aku pikir . tak tau lah cikgu kat depan perasan ke tak . yang penting aku dah tak sabar nak balik sebab nak block nombor aku sebelum terlambat . Ikutkan perasaan time tu jugak aku nak pergi cek dalam beg sorang-sorang.  seriously mula-mula aku tak dapat terima kenyataan sebab selama ni aku tak pernah hilang sesuatu yang berharga bagi aku . lastly aku redha . kebetulan time tu bulan puasa . maybe ALLAH nak uji aku . dan mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku . adek aku cakap " Kalau kita hilang sesuatu yang bernilai bagi kita, kita kena REDHA sebab itu petanda ALLAH nak balas dosa-dosa kita yang lepas" Allahualam ~~ yang penting aku manusia biasa yang tak pernah lepas dari lakukan kesilapan . 

Aku bukan nak tuduh sesiapa sebab aku tahu benda ni terjadi sebab kecuaian dari diri sendiri . tapi sampai sekarang aku tak percaya dengan kakak driver tuh . faham-faham je lah kan . Hanya Allah yang tahu kisah dari A sampai Z ... Allahualam .. ~ 

Kisah ni banyak pasal phone yang hilang kan ? sebab apa ? sebab benda ni lah yang aku ingat sampai sekarang . pengalaman aku hadir kelas KPP for the 1st time, but a bad thing happened at the same time . korang mesti ada pengalaman sendiri pergi kelas KPP kan, tapi tu lah pengalaman yang aku tak boleh lupa eventhough almost 3 weeks this thing happened. 

Akan bersambung part 2 nanti. insyaALLAH :) 

Berblogging semule


Bismillahirrahmanirrahim .. rasanya belum terlambat kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semue :)  Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk sambut hari raye tahun ni dengan family, especially dengan umi, abah, dan semua siblings lepas menjalani ibadah puase dari 1st Ramadhan tll last dengan family. 

Memang dah lame sangat tak berblogging. dah tak aktif macam dulu-dulu. lepas dah habes pikir, lastly decide nak berblogging semule. Fullstop !! hopefully sangat lepas ni dah tak jadi macam lepas-lepas dah. agaknya hikmah Ramadhan yang terbukak jugak hati ni lepas hampir-hampir nak delete blog ni. tak kuat nak hadap perasaan macam tu akhirnya tekad jugak nak aktif blogging macam dulu. 

Paksa jugak diri nak cari something untuk luahkan perasaan ni tiap hari. blog jugak di hati .. teheeee ! 

Korang semue pernah ke ade perasaan macam ni ? lepas dah puas berblogging sampai naik jemu, terus pandang blog sebelah mate je. lastly dah tak tau kat mane nak luahkan perasaan, blog jugak dipilih. adoiii ... 


!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign