Pages

DariDapurHajar: Semua tentang menu / juadah berbuka

Rasanya tak lambat lagi kan I nak share menu berbuka puasa tahun ni, yelah kan baru jumpa blog lama banyak la bende yang nk update ye dak. 
I bukan nk share resepi ye, sebab kalau I masak resepinye pun dtg dari en google jugak, hikhik. So rasanya semua senang je nk dptkan resepi kan. Semua hujung jari jeeerr. 

Alhamdulillah tahun ni tahun pertama puasa as a wife. Macam biasala entry2 sebelum ni pun I selalu ckp tahun ni semua beza dr tahun2 lepas. Sama la jugak puasa tahun ni takde umie nk masak2, semua diri sendiri2 je ha. Plan I puasa kali ni mmg nak masak juadah berbuka utk suami setiap hari. Kalau boleh tak nak jejak kaki kt bazar pun. Tp ye lah kn kdg2 cita2 murni tu terkandas jugak. Time rasa tak larat beli jugak kt bazar, kalau kami keluar jalan2 ke situ sini especially on weekend berbuka kt luar jugak. Tapi pg ke bazar pun dlm 2-3x je klu x silap. Alhamdulillah. Klu boleh 'Say No to Bazir Ramadhan' bak kata cikgu I. Hehe. 

Tak semua yg I masak sempat ambil gambar, ade la dlm beberapa menu je yg boleh share. I bukan la dikategorikan wife pandai masak tao, tp I cube utk jd wife yg 'Rajin' memasak. Ha lain kan maksudnye tu. Ape pun we have try to be a good wife kan. In Shaa Allah. . 

Jom tgk antara menu berbuka puasa kami baru ni. So simple okey. Asal kenyang masuk perut, suami suka udah lerr. :) 


4th Ramadhan 15 : Hubby request nk nasi daging. So, kawan2 die I buatkn ayam masak merah + acar timun.

11th Ramadhan 15 : Time ni selera suami isteri lain2, hubby nak nasi goreng petai, isteri die pulak rasa nk mkn rendang ayam + nasi impit. Fefeeling raya gituu time nih :)


18 Ramadhan 15 : Ni pun hubby request nk mkn daging merah + sayur campur + aym goreng 

3 je menu rupanya yg I sempat amek gmbr. Hikhik. Takpela  I rasa nk combine sekali dgn menu2 lunch / dinner yg ada dlm memory fon nih. Sapa2 yg tgh mencari idea nk masak apa utk family tu boleh la tgk2 ye. Wahh gituu kau... konon ada org nk tiru menu simple I kan. Hahaha *gelak jahat 
Ha yg ni I bg nama Asam pedas untuk dia. Masa ni hubby mmg suka sgt tgk drama pkul 7 tu, so terhasil lah menu ni. Hikhik. 

Kari ayam is hubby's favourite. Apa2 je lah yg berkaitan dgn kari & semua jenis sambal asal pedas dah cukup. Setakat kahwin selama 5 bulan ni I rasa dah byk kali I masak kari dgn sambal udang hikhik


Ketam berlada!! Favourite lah klu ketam ni tp mak aihh seksa nau nak potong2 duri die yg tajam2 tu, sebab tu time rajin je beli ketam even perut meronta2 nak makan ketam.

Okelah tu je kot. Resepi semua dari buku & en.google ye. Sekian . Hikhik






My weekend - Bila org datang beraya

Masa taip entry ni, I tengah sakit kepala tp gigih jugak nak cerita pasal kisah utk weekend ni. Harini genap 9 Syawal utk tahun 2015, rasa kejap je kan, dah hampir 2 minggu beraya . Entry ni I schedule ye. Kenapa? Saja je ikut suka I hikhikhik. 

Alhamdulillah actually I' m happy & satisfied dgn diri sendiri. Korang pernah x rasa satisfied dgn diri sendiri?  Nak tau kenapa tak. Sebabnya I berjaya siapkan menu a.k.a masak2 utk hari jumaat & sabtu lepas, semuanya sebab ada org dtg beraya kat rumah . Eh itu pun nk puji diri sendiri ke? Of course lerr raya I tahun ni beza sgt dr tahun2 sebelum tao. Tahun2 lepas ada umie, die la yg byk siapkan makanan klu org dtg beraya. Tapii tahun ni duduk berdua je dgn hubby, bila org nk dtg beraya I la yg gigih kat dapur dr awal sampai akhir, tu yg malam sakit kepala. Memang sgt penat tp bila tgk org makan apa kita masak walaupun simple tu dah cukup hilang sikit rasa penat ni, sedap ke idok tu hentam sajalahh labuu. 

Jumaat lepas habes keje ada jiran jauh sikit dtg dgn anak2 & suami. Die rapat dgn umie I sebab anak die yg sulung dr lahir lg umie I jaga sampai la masuk sek tadika sebelum umie pindah kelantan. Skrg dah ank due pun. Tiap2 tahun dtg beraya, ha kali ni I yg buat semua . Sebab masa singkat time petang kan, so plan nak buat mihun sup ayam je, maybe sesuai kot dgn waktu petang ye dak. Cepat & senang tu yg penting . 

Too simple plus cili kicap & taugeh . Kuih raya semua tunjuk2 je ye, semua last minit . Ingat dah tak nak sediakan semua ni dah lepas balik raya kt kg haritu, sebab pikir sapa lah nk dtg beraya kt rumah kan, lgpun kitorang baru kawen tahun ni, tak mungkin tak mungkin . Ahahaa. So jgn ingat baru kawen org x dtg rumah tao. Sapa yg duduk dgn mak / mertua masing2 tu untunglahhh, yg duduk berdua mcm I ni kenelah sedia sendiri2 ye dak. Takpe berdikari. Ecececehh. 

Hari sabtu angah pulak nk dtg rumah bawak kawan2 die dlm 2 org sebab nk angkut brg bawak balik kl. Petang sabtu pulak kawan lama hubby nk dtg beraya. So menu hari sabtu ialah nasi ayam + rendang ayam + lemang . Lemang tu suruh hubby beli je senang . Kali ni memang kelam kabut kat dapur sorang2, hubby tolong sikit2 mana patut je. Tengahari dalam pukul 1 adik sampai, legaa sempat siap. Bertukang habes kat dapur sampai peluh2 haih . Belum buat rumah terbuka lagi nih. Aiyooo. 



Just simple as that okey, buat setakat mampu je yg penting doa banyak2 time masak tu supaya sedap la lauk yg kita masak, harap2 org suka la makannye. Hikhik. Pernah tak sapa2 alami mcm ni, time mule2 kahwin mesti ramai mcm ni kan, sure punya. Hehe. Alhamdulillah I'm happy !! Semua lauk habes . 

Pssstttt.. adik ckp kawan die bagi tahu rendang ayam I sodappp. Okey kembang hidung semangkuk jappp. Muehehe. 

Deko-deko 'Teratak kami'

Kali ni rasa nk cerita tentang "Teratak kami' lah. Yee teratak a.k.a rumah kami selama 4 bulan lebih lepas bina kehidupan baru. Tempat kami suami isteri lepak2, gaduh2 manja, suap2 mkn, eh eh ! Hehe. Sebenarnya kami dikira beruntung jugak la sebab kami duduk di rumah lama family I. Dah lebih 10 tahun family duduk sini, abah beli rumah kat sini lepas kene transfer dr KL. Dari Form 2 I duduk sini sampai habes sekolah, masuk UiTM, tempat abah umi besarkan kami 5 beradik. Ha nampak tak betapa lamanya I menetap dekat Bentong ni, then akhir tahun 2013 abah dpt transfer ke Kelantan & bina rumah kat sana terus bawak umi & adik2, tinggal I sorg2 kat rumah ni, tak dpt ikut sebab kerja kat sini sambil2 jagekan rumah ye dak. Tup tup rupanya patutla Allah tetapkan I terus tinggal kt sini rupanya DIA bawak jodoh I dtg sini, hikhik. Lepas kahwin dudukla kami kt rumah ni konon meneruskan legasi family I ke ape . Muehee. 

Okey abes cerita sedih suka semua tu. Bila dah ada rumah, duduk pulak berdua je dgn suami , kepala otak ni asyik dok pikir pasal nk deko / ubahsuai rumah ni sikit2 ikut citarasa sendiri kan. Dah raya baru nk kemas rumah kan. Hikhik.  Nak beli perabot mahal2 tak berapa mampu jd impikan nk deko guna brg2 murah2 je ikut bajet & gaji tu paling penting haha. Mcm I ckp td rumah ni usia dah berpuluh tahun, mmg rumah tmn yg lama kawasan rumah ni. Rumah pun tak berapa luas, kecik cenonet je, brg2 tak boleh beli byk2 mulelah tak muat ruang. Lantai mozek pun hmpir lusuh warna, dapur pun kecik je. Tapi kat rumah ni la abah umi usaha buat kami 5 beradik happy, bg kami mkn, bertahun2 raya kat rumah ni jugak, hmm I x boleh ingat semua tu mmg laju je la air mata mengalir. Rindunya kenangan dulu dlm rumah ni , sobsobsob. 

1st plan ingat nak cat dinding tp sebab tahap kemalasan yg tinggi jd kekalkan jela warna cat yg lama. Eh kami 3 beradik yg cat ruang tamu, dapur, kawasan  tangga  rumah tao, ingat lg puasa tahun 2012 kalau tak silap dari malam sampai ke sahur kami tak tido semata nak bagi rumah cantik utk raya. Uwaaaa I really miss all of my adik2, umi abah. *even bru lps balik raya .  
So next plan is I nk pasang tikar getah kat semua ruang tamu & dapur sebab warna mozek hampir lusuh kan, sental mcm mane pun  still nmpak hitam2. Settle pasang tikar getah smlm, I angkat sorg2 perabot rumah, hubby tlg skit2 masa balik rehat tengahari, skrg die dah selsema. Pantang kene habuk , kesian dia. Sorry sayang. 

Masa mula2 kahwin kami ade beli perabot sikit2, mcm tv, sofa, kabinet tv, mesin basuh, just yg penting2 je,. Untuk brg dapur byk guna dari hadiah kawen dulu. Sebenarnya brg2 family dlu ada lagi kat rumah ni sumbat2 dlm kotak sebab tu rumah ni byk kotak, nak buang syg pulak kan, habes diluar ada kotak2 brg, dlm stor pun ada kotak2, so boleh kemas2 mcm tu je lah kan. Then Alhamdulillah misi kemas / deko rumah yang tak seberapa tu dah settle harini cume bahagian bilik je belum lg. Penat tu tok sah ceghite la berpeluh2 walaupun buat keje dlm rumah je, tp I puas hati. Jom tengok gambar. 


Tadaaaa~~ ni bahagian ruang tamu, nampak luas sikit bila dah pasang tikar getah, tikar je tao bukan pasang mozek, so sgt puas hati bila tgk hasil dia. Kerusi bentuk L tu I yg pilih sebab suka dgn design & warna dia, kerusi merah panjang tu hubby yg pilih dia cakap boleh baring2 sambil lepak tgk tv kan. Beli masa mula2 kahwin. 


Ruang tv pun simple2 je, yg penting ada bunga en hubby bagi masa 1st time sambut birthday dgn dia, of course la sampai skrg I simpan. Hihikhik. Lampu stand dari IKEA, dah lama teringin lampu mcm nih. Wallpaper tu pun baru pasang dlm 2 bulan lepas klu tak silap. 






And last ruang dining, cukupla utk mkn 2 org ye dak, kdg2 lepak mkn depan tv je, lagi syiok kann. Ruang dapur tak yah letak gambar pn tkpekan. Muehee. Perasan x ada cermin panjang tepi meja tu, I beli di IKEA baru ni, mintak hubby pasang kat dinding, rupenye tak sesuai, susah nau skru die nk masuk dinding, kena pasang di kayu agaknye, so jdlah perhiasan je kat situ, kena cari alternatif lain nk psg cermin tu, terkilan la x dpt tgk cermin tu melekat kat ruang tamu, sobsob :'( 

Kalau ade yg perasan kan ada hiasan yg I beli kat kedai RM2 je tao. Iyee jimatt, i jenis tak pentingkan harga, kalau rasa itu cantik & sesuai I angkut je. Ni namanya berhias sambil berjimat. Nanti duit simpanan kami dah berkepuk2 boleh la nak berhias gaya ala2 english ke apa ke kan. Deko2 'Teratak kami' kali ni takde theme, yg penting simple & nampak kemas tu sudah memadai ye dak. 

Alamak tak perasan entry panjang berjela, nayalah org nak baca, sapa nk baca pun tak tau haha. So, I puas hati dgn usaha sendiri utk 2-3 harini, next plan nak beli bunga pulak, dekat sini susah nk jumpe bunga yg sesuai, puas dah cari. Okebai :)

Sincerely,
Me .  






Raya pertama sebagai isteri

Selamat Hari Raya semua !! Harini dah raya ke-5 pun. Tahun ni raya pertama raya sebagai isteri & menantu, so ada suami & keluarga mertua . Sebelum ni dok baca / tengok kisah mak sedara, akak sedara, kawan yang dah kahwin raya rumah mertua masing2, ha sekarang giliran diri sendiri pulak kan. Hikhik. Biasala kita perempuan sampai satu masa mesti akan rasa apa yang mak2 kita rasa , itu la orang panggil kitaran hidup. Erkk, yeke ?? 
Tahun ni sebenarnya dah plan nak raya umah mertua kat kedah, biasala suami didahulukan iye dak. Tahun depan rumah kite pulak gilir2. Seminggu sebelum raya I ni jadi sensitif sangat, bila teringat yang tahun ni tak dapat raya dgn umi abah, tak dapat ciom tangan umi abah, terus laju je air mata mengalir , sensitif sungguh la sedih tahap giler2 punya pasal. Tiap kali air mata jatuh laju2 bahu hubby la jd mangsa, dah pujuk2 baru okey. Nagada tao. Ahahaa. 
Nak jadikan cerita 3 hari before raya hubby whatsup masa kerja cakap raya ketiga (Ahad) boleh la balik kelantan sebab nak balik ke bentong memang kene redah jem kan, so senang dari kedah balik kelantan ikut Gerik, 3-4 jam da sampai. Apa lagi cepat2 la I whatsapp abah, whatsapp adik semua cakap kaklong die ni nak balik kelantan, kebetulan pak ngah buat majlis akikah anak die raya ketiga. Tahu tak perasaan tu mcm mane? Rasa nak peluk hubby kuat2. Eh eh * haha . 
So, beraya la kami ke kedah , raya pertama & kedua, balik kelantan raya ketiga & empat . So kami #teamrayakedahkelantan . Mueehee


Nak pakai warna turqoise masa wedding tak kesampaian, jd decide nak pakai masa raya la . Dress by LeeyanaRahman, dapat jugak pakai dress dari butik ni. #amandapremium


Line tak berapa okey dr tadi, ni je sempat upload. SELAMAT HARI RAYA SEMUA ! 

Honeymoon - Part 1

Kisah 1st honeymoon ni sapa yang boleh lupa kan. Terpahat di jantung hati sampai tua tahu. Kami honeymoon lepas majlis pihak lelaki 280215. Sebenarnya i & hubby takdela decide nk honeymoon jauh2 sampai korea, bali, vietnam bagai, cukuplah dalam Malaysia yg tak habes teroka nih. Boleh saving kan, tambah lagi lepas habes majlis wedding. Next time kita boleh ke luar negara pulak kan sayang. 
Lepas habes majlis belah suami di kedah hari sabtu, then isnin i & hubby terus ke Lost of World Tambun. Ha yang ni mmg decide last minute. 

Tengok muka excited masing2 bila sampai depan Hotel Lost of World. Dari kedah sampai sana dalam tengahari ke petang macam tu, so banyak rest dlm bilik sebab malamnya nak pergi mandi air panas di Hot Spring, tak jauh pun jalan kaki je dari hotel. Mandi di Hot Spring ni free tao, kita akn dapat kupon masa check in hotel. 

Tapi sayang esoknya selasa taman tema tutup. Lepas breakfast terus gerak ke Bukit Bendera pulak, biasalah kat sini famous dgn cable car, so naik sampai atas. Macam2 ada kat atas, tempat lepak, ambil gambar makan semua. 
Nampak tak budak excited kat situ. 


Puas jalan makan di Bukit Bendera hubby ajak pergi Batu Feringghi. I ni terus teringat drama tv petang2 dulu 'Mr. Arrogant'. Teringat diorang main lari2 kat tepi pantai . *sigh

Konon sweet kan. Hikhikhik

Tidur di Batu Feringghi, then esoknya Rabu terus ke Langkawi. 2nd time kami kat Langkawi, 1st dulu masa bercintann cintun . Mueehee. So tak nak la rasa bosan, lagipun banyak tempat tak pergi time tu , so time ni kitorang plan nak ke tempat yg tak pernah pergi. 

Jadii kite ke Island hoping ! ikut trip macam biasa ke 3 tempat utama, Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding & Pulau Beras Basah. Ade orang datang ambil depan hotel bawak ke jeti . So senang kan. Harga tak ingat berapa . Tapi puas hati lah. 


          Trip Island Hoping. Seronokk dapat tgk pulau. 

Esoknya jumaat i & hubby plan nak jalan2 ke mall & lepak tepi pantai minum air kelapa. Berjalan lah sampai ke petang sambil beli ole2, sempat jugak singgah kedai gamat . Rugi tao tak singgah. 




Sampai hotel petang tu siap2 nak mandi pantai pulak, hubby ajak, hotel kitorang ni betul2 dekat dgn kedai makan,  berhadapan pantai , banyak kedai boleh shopping, sangat best. Nama hotel lupa lg haih . Kikiki. 


Cantik kan gambar ni, pandai en kesayangan snap. Selamat tinggal Langkawi, till we meet again ♥♥♥



Setelah 2 tahun.. akhirnyaaa...


Amaran !! Entry panjang dr biasa. Sila jangan muntah membaca ya. Ecececehh ... 

Alhamdulillah, excited betul harini hampir 2 tahun tak berblogging sampai lupa pasword, hampir nak nangis godek2 google tak jumpa cara nak dptkan blog yg hilang, akhirnya harini terjumpa satu blog cara nk dapatkan balik blog kalau kite lupe pasword. Err agaknya saya je kot yg tak tahu buat, padahal senang je, rasa nak lompat2 lepas tukar pasword terus keluar blog lama ni. Alahaii tak reti lah nk explain kegembiraan tu tahap level berapa. Tgk entry lama2 rasa geli hati haihh zaman cintan cintun 2 tahun lepas mcm2 ceghite sedih suka semua ada. Terus bagitahu husband tunjuk kat dia blog lama isteri dia, and for sure die baca entry2 lama. Maluuuuu haih -_-!

Husband ?? Mana dtgnye husband takde angin takde ribut kan. Hikhikhik. Ye selama 2 tahun blog ni ditinggalkan mcm2 benda dah terjadi tahu. On 22 Feb 2015, I'm officially a wife !! hoorayy !! Jodoh itu milik Allah, kita merancang DIA yg tentukan. Bercinta bagai nak rak dgn orang lain sampai 2-3 tahun pun kalau die bukan jodoh kite bukanlah, akhirnya Allah temukan jodoh dgn si dia yg saya kenal lebih kurang setahun lebih . Okey malas nak cerita panjang2 sgt, kisah mcm mana saya jumpa & kenal husband nanti akn ada dlm next entry *kisah sgt, mcm ade je org baca entry ni, hikhik 

06102016, tarikh special bergelar  tunang. Majlis tunang memang plan nak buat kecik2 sesama keluarga je, so pelamin, make up, design hantaran, baju semua dr air tangan sendiri. Sgt puas hati ! 


Takde tarikh dan jangka masa tertentu utk ikat pertunangan, abah pun mintak percepatkan. So 22022015, tak sampai 5 bulan , Alhamdulillah saya isteri dia. ●▽● 


Kisah perkahwinan on both side saya ceritakan dlm next entry . Syukur dgn semua yg saya ada skrg dlm masa 2 tahun, 2 tahun lepas entry banyak dgn kisah2 masa bergelar pelajar , skrg semua dah berubah tahu, saya seorang isteri, In Shaa Allah akn bergelar ibu juga, ada suami di sisi, kerja dgn gaji yang baik, Mmg semua totally berubah dari 2 tahun lepas. ALHAMDULILLAH. And now I'm  26 !! Sebelah kiri blog ade saya letak wishlist before 26, rupanya saya dah capai apa yg saya nak, i have my own car, bukan setakat bertunang tp dah bergelar isteri, kerja pun okey. Banyaknya bende nak cerita kat sini, inilah kehidupan kan, dulu lain skrg lain . 


Now, i have u my beloved husband . 



!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign