Pages

Raya pertama sebagai isteri

Selamat Hari Raya semua !! Harini dah raya ke-5 pun. Tahun ni raya pertama raya sebagai isteri & menantu, so ada suami & keluarga mertua . Sebelum ni dok baca / tengok kisah mak sedara, akak sedara, kawan yang dah kahwin raya rumah mertua masing2, ha sekarang giliran diri sendiri pulak kan. Hikhik. Biasala kita perempuan sampai satu masa mesti akan rasa apa yang mak2 kita rasa , itu la orang panggil kitaran hidup. Erkk, yeke ?? 
Tahun ni sebenarnya dah plan nak raya umah mertua kat kedah, biasala suami didahulukan iye dak. Tahun depan rumah kite pulak gilir2. Seminggu sebelum raya I ni jadi sensitif sangat, bila teringat yang tahun ni tak dapat raya dgn umi abah, tak dapat ciom tangan umi abah, terus laju je air mata mengalir , sensitif sungguh la sedih tahap giler2 punya pasal. Tiap kali air mata jatuh laju2 bahu hubby la jd mangsa, dah pujuk2 baru okey. Nagada tao. Ahahaa. 
Nak jadikan cerita 3 hari before raya hubby whatsup masa kerja cakap raya ketiga (Ahad) boleh la balik kelantan sebab nak balik ke bentong memang kene redah jem kan, so senang dari kedah balik kelantan ikut Gerik, 3-4 jam da sampai. Apa lagi cepat2 la I whatsapp abah, whatsapp adik semua cakap kaklong die ni nak balik kelantan, kebetulan pak ngah buat majlis akikah anak die raya ketiga. Tahu tak perasaan tu mcm mane? Rasa nak peluk hubby kuat2. Eh eh * haha . 
So, beraya la kami ke kedah , raya pertama & kedua, balik kelantan raya ketiga & empat . So kami #teamrayakedahkelantan . Mueehee


Nak pakai warna turqoise masa wedding tak kesampaian, jd decide nak pakai masa raya la . Dress by LeeyanaRahman, dapat jugak pakai dress dari butik ni. #amandapremium


Line tak berapa okey dr tadi, ni je sempat upload. SELAMAT HARI RAYA SEMUA ! 

5 comments:

Yana Halim said...

Selamat hari raya, Hajar! :)

chicken_floss said...

Selamat hari raya maaf zahir batin..jauhnya kampung..kedah n kelantan..utara timur..

S.i.t.i H.a.j.a.r said...

Selamat hari raya dear !! :)

S.i.t.i H.a.j.a.r said...

Selamat hari raya dear ! Haah kan jauh jgk la kene la gilir2 cmni hehe :)

SALWANI SUHAIMI said...

selamat hari raya hajar

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign