Pages

Wedding review : Majlis Akad Nikah

Tiba2 rasa minggu ni nak ceghita & review tentang wedding bulan 2 baru ni, sebabnya blog kesayangan ni bru jumpa balik , so kisah wedding takde pun dlm entry. Walaupun dikire pengantin 'basi' haha tapi pengalaman wedding sendiri sape boleh lupe kan. 
Sebenarnya plan secara tak rasmi cuti sekolah bulan 5 , tapi abah I dah cakap awal2 masa majlis bertunang bulan 10 tahun lepas family masing2 depend pada kami berdua la, ikut tarikh kami masa mana boleh cuti kononnya. Last2 mungkin abah dah tak sabar2 nak tengok anak dara dia yg sulung ni naik pelamin, bincang punya bincang antara orang tua nak tetapkan bulan 2 masa raya cina . So tetapla tarikhnya akad nikah pada 22.02.15 (Ahad), majlis sanding 23.02.15 (Isnin). 

Ha pelikkan majlis sanding Isnin, semua ni sebab masalah2 tertentu la kan, mula2 takut juga org x datang majlis kita maklumla time kerja, tapiii rupanyaa ramai dek non oii, penuh khemah, Alhamdulillah ... okey tak nak la cerita banyak, tgk gambar jom. Al kisahnyeee.....


Bacaan lafaz taklik dgn imam kg. Akad nikah dibuat di masjid Kg Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan. Majlis mula selepas Isyak dekat2 pukul 9 camtu. 


Alhamdulillah abah yg menikahkan kami, bersyukur sgt masih ada abah. Terima kasih abah :') Adik beradik I yg lelaki 3 org semua duduk keliling abah masa ni abah yg suruh, tak nampak pulak dlm gambr ni, then lagi satu abah mintak sume 3 org pakai kurta. I dpt tahu dari adik katanya abah beli kurta hijau tu semata utk majlis akad nikah anak dia yg sulung ni. Sweetnyeerr abah.. Terharunyaa lahaiii :')


Time ni memang rasa tenang je, takde rasa sedih pun haha . Orang lain siap nangis berlenjun2 abeh makeup bagai, I tenang je. Memang nk elak menangis tp mmg takde rasa nk nangis pun haha takde perasaan langsung kan. Hikhik. Nampak x sebelah I tu yg pakai shawl kuning tu adik yg bongsu, dlm gambar ni mmg nmpk dia la yg paling khusyuk Amin kan doa. Hikhik lawak sungguh. Dlm family kami je adik beradik perempuan. Dia lah yg paling sedih sebab paling rapat dgn I .  

Okey selesai di masjid, fotographer (abg mat) mintak acara 'batalkan air sembahyang' semua dibuat dekat rumah je sebab itu lebih baik sebagai tanda hormati masjid. Bagus jugak idea tu boleh ambil gambar byk2 klu kat rumah, nasib baik rumah dekat je. 
Gambar lagiii .......






Alhamdulillah malam tu sah la 'saya isteri dia' , 'dia suami saya' . Masa ambil gambar I ni cuba yakinkan diri yg I dah sah jadi isteri org ,I dah ada suami. Yeayyy !! Tema baju akad nikah kami soft krim, beli di area masjid jamek ajooo. Memang plan nak beli, tak nak sewa sebab baju kurung boleh pakai lagi kan, walaupun smpai skrg tak pakai haha tp berbaloi la drpd sewa. Then matchedkan shawl dgn samping. Settle ! Hehehe..

Pelamin bertemakan hijau zamrud/emerald utk majlis pihak perempuan ni dari Zu Bridal , those area Tanah Merah, jeli or tempat yg kira2 dekat situ boleh call kak zu di nombor 013-9402569. Akak ni sgt simple, masa I pergi kedai dia, cuma di rumah je ade area utk buat butik kecik. Tapi skrg I x sure maybe dah ada kedai. Harga pun berbaloi, biasa la I buat majlis di kampung bkn bandar , so bg I servis + harga dr kak zu ni okey la. Kenal kak zu ni dr jiran2 & kwan2 umi dekat kg, rupanya satu kg I kenal kak zu ni, kalau ade majlis kawen die la yg handle, ramai la yg puji, so I pun amek & puas hati . 

Fotographer dari Abg Matt, dia ada kedai di Tanah Merah , boleh call di nombor ni 
017-980 5312. Abg mat ni sorang happy go lucky, even baru kenal rasa mcm dah lama kenal, dr start majlis akad nikah sampai outdoor dgn dia mmg byk gelak je, sampai skrg pn kitorang still keep in touch especially di FB. Very recommended! Harga pun berbaloi baloi.. I amek pakej akad nikah + majlis sanding + outdoor semua dgn dia. 


Begitulah alkisah Majlis Akad Nikah di mana I officially bertukar status jadi isteri kepada suami tercintaaa. Hopefully dpt jgklah bantu korang yg masih mencari2 wedding planner & photographer area Kelantan.  Ade lg wedding review bakal menyusul lpas ni. Mood minggu ni nk review wedding je hikhik. 
 

6 comments:

Noor Najwa said...

blogwalking sambil follow sini
muslimahsejati96.blogspot.com

Mia Liana said...

wahhh.. merahnya inai...

psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

Mardiah Diana said...

salam singgah balas kunjungan dari blog kak mia ...

selamat pengantin baru dik....semoga kekal hingga ke akhir hayat..

aizamia3 said...

hehehe.. macam ayah ai jugak.. sweet je.. rasanya ayah ai lagi sweet dari en. suami sendiri.. hahaha..
tapi apa-apapun moga bahagia hingga ke akhir hayat.

Hanis Amanina said...

rasa nak setuju dgn pakai baju kurung sendiri instead of sewa :) insyAllah will do the same. hehe, kadang2 baju sewa mencanak2 harganya, boleh tempah 2-3 helai baju sendiri.

hanisamanina.com

nurerna hazwani said...

Masih lagi pengantin barulah awak. Selamat pengantin baru yek. Same to me, baju nikah buat sendiri. Tak ada sewa.

->http://alongwawaerna.blogspot.com
->Jemput ke segmen Erna- http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/08/first-segmen-erna-bloglist-walking-ogos.html

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign