Pages

TTC: Amalan yang diamalkan

Entry ni hanya untuk orang yg dah berkahwin ye, tapi boleh jugak sape2 yg nk buat rujukan hikhik. Kalau yg dah berkahwin tu mungkin tahu TTC tu ape kan, TTC is stand for 'Try to Conceive' atau 'Cuba utk hamil' la bahasa paling mudah. Utk pengetahuan, kami baru berkahwin dalam 6 bulan ++ , maybe ada yg akn cakap camni "alaaa baru berapa bulan kahwin, sabooo duluuu, take a breath dulu, pg nimunn jalan2 dulu dgn husband, jgn fikir sgt pasal niii, awal lagiiii" 

Yeee... I dgn husband masa mula2 kawen dulu kami takdela discuss sgt pasal hal ni, kire depend on REZEKI, kalau ada cpt ALHAMDULLILLAH, tapii tu masa2 mula kawen dlm sebulan dua macam tu lah, then masuk bulan ke 2-3 kami dah start nak serius pasal 'baby'. Of course la hubby org paling excited sekali kan hehehe. Kalau nk tahu kami ni dulu dikire 'Weekend husbandwife' sebabnya I keje di Kuantan, hubby di Bentong. So on weekend je la boleh jumpa kalau I balik Bentong. Tpi rasanya lepas kawen every week I balik bentong, and now tak payah ke kuantan da sbb I da keje di raub. 
 
Okey kat sini I nak share amalan2 yg I buat sepanjang TTC ni, yelakan kadang tak semua yg kita buat tu kita akn betul2 buat, mcm I yg jenis pendirian tak tetap ni, time ingat buat la, klu idokkk erghh mmg lupa sampai sudah haha. Tp ape pun nawaitu kene baik, semua kerana ALLAH. In Shaa ALLAH dipermudahkan oleh DIA. Antara amalannya:

1) Banyakkan berdoa

Yang ni rasanya tak ckp pun semua org tahu kan. Kalau boleh dua doa ni I tak nak tinggal baca dalam sehari, doa selepas solat, doa dalam sujud akhir I cuba jugak utk baca. Kadang kalau boleh sebelum tidur kalau teringat pun baca.  Ni doa nya : 
Surah Al-Anbiya: Ayat 89


2) Amalkan pemakanan sunnah



Antara pemakanan sunnah yg kami suami isteri amalkan, kami minum madu + susu kambing + kurma, kami  beli jenis serbuk Hi-Goat tu, senang nk dpt kat kedai2 jamu kan. Yang ni I selalu amalkan masa bulan Puasa baru ni, sebelum tidur malam tengok tv sambil minum, bancuh satu utk husband satu utk diri sendiri, lama2 kongsi je, I minum husband punya hikhik. Al kisahnya sebab tak tahan bau susu, dari dulu lagi tak suka minum susu. So skrg pun I on off minum susu kambing husband je minum almost every night, kira okey ke husband sorang je minum? hahaha. 



Then I minum pati delima Gulshan jugak. Pati ni femes jugak la utk ibu hamil, utk kesihatan dalaman. Rasa dia sangat masam tao, so I just letak dlm 2 sudu pati dalam segelas air, bancuh & minum. kalau yg jenis tahan masam boleh minum pati tu sahaja dlm 1-2 sudu, yg ni boleh amalkan bila2, tp I suka minum setiap pagi or sebelum tidur. kadang2 on off juga yg ni, haihh tak tetap pendirian sungguh hubby ckp haha. 

Pernah dgr tak BUAH ZURIAT? Kalau tak silap I buah ni hanya ade di Makkah sahaja tao, tak semua tempat ada jual, I beli di kedai yg jual kurma & makanan sunnah memang ada, sebekas ada 2 biji RM10. Buah ni sgt keras, hubby potong guna parang pun still susah nak terbukak. Lepas siap belahkan buah, caranya rebus buah dalam air sampai mendidih & warna air jd coklat mcm air teh then boleh minum. Rasanya pahit sikit , I minum kene tutup hidung kalau tak nk termuntah balik. Alhamdulillah hubby jenis minum makan je semua benda, pahit kelat ke hamis ke die minum je haha. Ada org cakap air dari buah zuriat ni kalau boleh cuba minum sekali seumur hidup pun dah okey. Ni rupa buah dia:


3) Jaga pemakanan

Ha bab ni I tahu bkn I sorang je yg susah nak ikut, sebab sebelum ni I makan je ape ada depan mata, rasa nk mkn itu beli, nk mkn ini beli. Tapi lepas byk search tentang pemakanan yg perlu dielakkan utk mudah 'lekat', I cuba utk tak sentuh, walaupun hati tak kuat tersentuh juga hehehe. tp kalau tersentuh tu make sure sikit je la, tp lagi elok tak sentuh langsung ye. Antaranya:

- Segala jenis jeruk
- Tembikai 
- semua berasaskan limau
- jambu batu
- semua jenis fast food
- nenas
-tebu 
-makanan mentah
- caffein

Itu baru sikit, sebenarnya klu kita cek, byk lagi yg perlu elak tahu. Dalam byk2 senarai tu satu je I susah nak tinggal, iaitu air teh. hehe. Org ckp teh kan ade caffein, tp I addicted sgt dgn teh, mcm mane nak hindarkan ya? :(

4) Cek waktu subur

Okey yang ni sgt sgt sgt penting ye. Sebagai perempuan yg dah berkahwin, kita mesti kena tahu kitaran haid & waktu subur kita. Kalau dulu before kawen, dah tak kisah hal kitaran haid ni, nk dtg lebih 10 hari ke x dtg langsung ke tak kisah pun kan. hehe. lepas kawen kita mesti teliti hal ni. Mcm I Alhamdulillah Cik P tak pernah miss setiap bulan sejak before kawen lg, klu yg jenis kejap ada kejap takde tu yg bahaya. Utk tahu waktu subur , I guna kan 2 alternatif: a) Guna OPK (Ovulation Predictor Kit), b) Guna BBT (Body Basal Temperature). Ha klu nk terang satu2 pasal ni mmg makin pnjg entry ni hehe. In Shaa Allah ada kesempatan I update entry tentang 2 kaedah ni, kalau search tentang ni pn byk blog yg bercerita tentang kaedah ni. I jenis suka baca & explore apa yg I teringin nk tahu, Ahamdulillah tahu serba sedikit & boleh share dgn sapa2 yg tak tahu. Baru ni ada sorang kwn whatsapp, then I cuba share dgn dia apa yg I tahu & I buat. 

5) Supplement kesuburan 

 Dalaman pun sgt penting utk kesuburan, kami suami isteri pilih supplement dari Shaklee (Set Kesuburan) . Di bawah ni antara set kesuburan Shaklee untuk suami isteri yg kami berdua makan. Luaran jaga dalaman pun kenalah jaga jugak kan. :) 


Okey itu sahaja lah antara amalan2 kami suami isteri sepanjang temph TTC ni, yg lain tu kita cuba jaga lidah, jaga hati supaya tak buat org lain tersinggung. Yelah kadang kita tak tahu ada org yang tak puas hati or terasa hati dgn kita kan.Then lg satu cuba utk banyakkan bersedekah, tak kira lah sedekah dari segi duit, ilmu, makanan contoh bg makan pade kucing dll.  Apepun rezeki anak ialah rezeki dari ALLAH, bukan dari manusia kn, sama2 lah kita cuba berusaha sedaya mampu sehingga doa kita diperkenankan oleh-NYA. Aminn Ya rabb .... 









1 comment:

PeRdU cINta said...

Amin..in sya Allah..kita sama berdoa...berusaha dan bertawakal pada Allah..

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign