Pages

Wedding Review : Majlis Persandingan (Kelantan)

Hai semua :) Harini rajin nak review majlis wedding lagi, haritu dah review majlis akad nikah , skrg majlis persandingan belah perempuan di Kelantan. Buat majlis kecil2 je ikut kemampuan, itu lebih baik kan. Kami pilih tema emerald green !! Of course la warna kegemaran tahun ni kan . Tengok wedding org lain pakai cantik jeerrr , kita pakai cantik ke idokkk. Baju dari atas sampai bawah, kasut, aksesori semua dari Bridal di bentong, phg. Kami sama2 kerja di bentong, rumah pn di bentong, jd I plan nk sewa baju di bentong je, sebab senang kan nk fitting, tak muat ke ape senang nk alter semula. Pelamin & fotographer je I ambil di Kelantan. Boleh refer entry majlis akad nikah I ade review. 

Semua gambar I cantum jd satu sebab terlalu byk kan hikhik. Okey let's start from the beginning... 

Around 8.00 a.m : Ni kisah pagi2 on 23.02.15 ramai dah org2 kampung dtg potong daging, bwg, mmg riuh rendah la I tgk , org luar panggil rewang kan kan kan.. 


Ekceli ni majlis kahwin pertama dlm family, sebab I anak sulung, so kami tak pernah handle ape2 majlis besar mcm ni, tp sgt sgt sgt bersyukur semua berjalan lancar, suka tgk org2 kg dtg rumah gotong royong camni... Alhamdulillah ... 


Ha sebelum tu nak tunjuk mereka ni semualah tulang belakang I yg kerja keras dr awal lg, abah, umi dgn semua adik2 4 org. Gambar ni sehari or dua hari sebelum majlis, bertungkus lumus set up meja dgn kerusi time panas2 terik.  Terharu okey :'(


 Around 11.am :  Tetamu da start dtg , makin ramai & makin ramai. I mmg tak sangka khemah boleh penuh camni sebab majlis hari  isnin, I ingat takde org nk dtg dah hehe :') tapiii Alhamdulillah.... Allah mudahkan urusan kami. 


Around 2.00 pm : Yeayy !! Pengantin lelaki da sampai , I pun keluar salam tangan suami andd tadaaa amek gambar la dulu ye dakk. Make up pun da nak cair duduk tgh panas, acara baru nak mula. Alahaaii... Eh lupa, nk introduce  pengapit lelaki  ialah adik I yg no 3, and pengapit I ialah kwn ofis I sendiri, kebetulan kg dia kat kelantan jgk, katenya nk dtg wedding I so upah jd pengapit la sekali haha. Tq sgt sudi dtg bwak mak ayah dia sekali. 


Masuk rumah duduk je atas pelamin, DJ pun start selawat Nabi pakai mikrofon, so tetamu luar pun boleh dgr, lepas tu baca doa . Then bermulalah kisah nak kenakan pengantin, kalau di kelantan org panggil suap pulut klu x silap. So family suami & family I naik pelamin utk sesi salam2 ciom2 and suap pulut, diorang boleh pilih nak cicah pulut tu dgn gula atau garam. Haha of course la ramai yg pilih garam ye dokk. Makan garam lah kiteee. Anddddd part paling bes air mata pengantin perempuan akhirnya gugur jatuh berderai depan tetamu hoii, depan camera semua, yg kononnye I ckp dlm entry akad nikah I tak nangis, tenang je time tu kan.. tapii time salam dgn abah atas pelamin ni I tak tahan sebak , abah pun nangis, lagi lah I menangiss... :'(  Naseb pengapit cepat2 lap kan. Tapi air mata gugur lagii :'( faham tak perasaan tu. Hmmm


Okey abes part sedih, bergambar pulak. Utk family I belikan semua warna sesuai dgn tema baju pengantin & pelamin. Cantik pulak tgk semua pakai sedondon.. sayangg semua :') 



Around 4.30pm : Photographer pun ajak utk outdoor session, kwsan ala2 cantik pling dekat dgn rumah I ialah pokok getah hokey. Iye kwsn pokok getah pun bole jd cantik & unik dlm gmbar tahu. Jd trend da skrg ni outdoor kawasan hutan / pokok getah. Walaupun kaki habes luka2 kena serpihan kayu / daun semua dah tak kisah dah, yg penting dpt possing terbaikkkk punyaaa .... siap main pusing2 dlm tu u olls.. Haha. 

Walaupun hari bersanding ni hari yg sgt penat especially pengantin yg berkejar situ sini, layan tetamu, dgn make up time panas lagi tp kitorang sgt sgt sgt happy & bersyukur Allah mudahkan urusan kami. Tu je yg kitorang nak. Sebelum hari majlis byk kali berdoa moga urusan majlis dimudahkan & dijauhkan dr kesulitan. 

Entry lepas lupalah nak share hiasan bilik dari Zu Bridal ni, simple je tp kombinasi warna dia I sgt suka. Tgk la sape yg pilih ye dok. Hihi. 


Habes majlis rasa nk lompat2 la tgk hadiah byk cam gini. Terima kasih pada yg memberi.. sampai skrg pun byk yg tak guna lagi.. 


Ekceli kan I dah plan nk buat photo booth or set up meja kecik or DIY sendiri comel2 utk tetamu ambil gambar. Ade survey2 harga kat kelantan boleh tahannn mahall haha . Klu ade yg murah pun dekat KB so kenelah bayar lebih skit kan utk kos tambahan. Last2 pikir punya pikir memang nampak cantik tp I rasa membazir jugakla. Duit yg ade boleh buat pg honeymoon ye dak. Lgpun majlis dekat kg , klu kat bandar mgkin boleh buat. 

Tak kisah la yg penting majlis berjalan lancar dr awal sampai akhir. Sampai ke mlm kwn2 abah umi dtg, x cukup hari kenduri, 2-3 hari lepas tu pun ade tetamu. Alhamdulillah murah rezeki kami. Terima kasih sgt sgt sgt, tak terkata la rasa terima kasih utk umi abah yg dah byk habiskan duit, masa, tenaga nk pastikan majlis anak sulung dia ni perfect ! Terima kasih jugak utk adik2, semua sedare & org kg byk sgt tolong. Eh eh bg ucapan pulak hihi apepun I really love all my family sampai Syurga . Mmuaahh ! 
















3 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah...moga syurga destinasi akhir..amin..

S.i.t.i H.a.j.a.r said...

Perdu cinta : Aminn Ya Rabbal Al Almin .. tq dear :)

Nasz said...

tahniah. meriah majlisnya.

Jemput ke blog saya.

www.nasznadzeri.com

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign