Pages

Blog kena hack :(


Alhamdulillah, terima kasih Allah.. akhirnya aku dapat blog aku balik dalam keadaan asal . Sedih sangat bila tak dapat bukak blog ni dari 2 bulan lepas lagi , semua data hilang , dah tak sama macam dulu .  Allah je yang tahu . :( 

Sekarang Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan lebih lastly aku jumpa blog ni balik, kuasa Allah .. tadi tengahari dah tekad nak buat blog baru , hampir separuh jalan , tapi kuasa Allah , tibe2 blog ni boleh bukak, data, post, follower lama still sama macam dulu . padahal dari hari tu try bukak tak dapat - dapat. Syukur sangat hari ni :)   

Kepada readers, mungkin korang pernah kene hack, mungkin ada yang tak pernah kene kan , tapi bila dah kene sekali memang tak senang duduk, rase separuh nyawa dah hilang, sebab blog lah tempat kedua aku meluahkan perasaan . korang pun mesti macam tu jugak kan .. bayangkan hampir setiap hari, setiap minggu, setiap bulan kita luahkan perasaan dekat sini tapi sampai satu masa blog ni hilang macam tu je . sedih kan ? . tambah lagi bila kita dah jadikan blog ni satu barang yang bernilai dalam hidup kita, memang susah kita nak lepaskan :) 

Aku pun dah malas nak cari hamba Allah yang buat kerja ni, sebab memang sia-sia dan mesti tak kan jumpa punya . Cuma nak ucap tahniah sebab berjaya buat kerja terkutuk ni . Nak pesan pada kawan-kawan, jangan mudah sangat nak klik any link yang orang tak kenal post dalam blog korang, especially dekat shoutbox masing-masing, memang mudah sangat orang-orang macam tu nak perdayakan kita , then paling penting jangan lupa sign out lepas guna . itu je .. :) 

Ape pun terjadi mesti ade hikmah kan , terima kasih Allah sebab bagi peringatan untuk aku lebih berhati-hati dalam semua tindakan yang aku buat lepas ni . :) Dan terima kasih Allah sebab kurniakan untuk aku dan keluarga satu kejayaan yang besar dalam hidup ni :) 



Satu lagi , sayangi dan hargai lah semua perkara yang dekat dengan diri kita, sebab bila sekali bende yang berharga itu hilang sekelip mata, belum pasti kita akan dapat balik melainkan dengan kuasa Allah ...

Terima kasih :)

Semakin hari semakin berdebar :(


Ya Allah ... berdebarnyee .. takut sangattt .. macam-macam dalam kepala . semoga dipermudahkan semuanya . Amin .. -,-

Ni bukan berdebar nak bertunang atau nak kawen ke ape .. tapi berdebar dup dap dup dap sebab hari sabtu & isnin aku kene tempuh dua perkara baru dalam hidup . tak pernah seumur hidup tau . Sebab tu perasaan sekarang ni jadi macam entah ape ape pun tak tahu . aiyoo amma appa .. help me please .... !!! 

Umm sebenarnyakan hari sabtu ni ada satu interview dekat Berjaya Hills Resort untuk satu position ni . Memandangkan seumur hidup tak pernah attend mana-mana interview langsung except attend seminar untuk interview time study dekat melaka je , tu yang jadi tak tentu arah dah macam orang hilang anak je sekarang . -,-

Tadi bila dapat call dari pihak sana , terus call abah . Dalam hati tok sah ceghita larh, ni baru dapat call interview, kalau nak kawen nanti agaknya macam mane lah rupe aku kan . adoii .. sebenarnya sebelum ni aku dah dapat 3 interview dekat KL . Tapi terpaksa tolak dengan cara baek . Sebabnye jauh sikit dari rumah . bila mintak izin abah, dia pun tak bagi katanya risau aku duduk kat sane . Faham-faham je lah kan KL tu macam mane . Itulah abah, even anak die ni dah besa nak cecah 23 tahun pun tetap risau .. so terpaksa lah ikut . Anak yang baik kene lah ikut cakap parents ye dak .. muehehe ..

Itu cerita untuk hari sabtu . Hari isnin pulak aku kene tempuh satu lagi cabaran besar , JPJ TEST !! uwaaaaa ~~ takottnnyeee ... tambah lagi bila baca dari blog-blog laen yang carita pasal pengalaman diorang time test jpj  . Sampai rase nak gugur jantung dibuatnya . -,- 

Harap dipermudahkan semua urusan ni . Korang-korang doakan saya ye .. sapa yang pernah attend interview boleh lah turunkan ilmu untuk orang kat sini . hee.. macam-macam dalam pikiran sekarang .. So, nak kene motivasikan diri kejap .....

Kalau orang laen boleh buat, kenapa aku tak boleh ??? yeeeahhhhh I CAN DO IT .. !!! 


p/s : Tengah buat andaian soalan yang akan ditanya time interview sambil hafal step nak test kereta dengan JPJ nanti -,- 


Mohon kerja . Bukan mudah ..


Hari ni dah almost 2 months officially jadi penganggur terhormat yang tanam anggur tak pernah nak berbuah . u know, just only one sentence " hakikatnya bukan senang nak mohon kerja " ... !  There are no shortcuts to any place worth going . and tak ada jalan yang mudah untuk berjaya kalau bukan dengan adanya usaha & tawakal . 

Dah 5 tahun perah keringat perah otak bagai dengan buku-buku, assignment, study hard, study smart, stido pun ade . hehe . so apa lah sangat dengan 2 bulan menganggur kan . ecehh ! ayat nak sedapkan hati :) 

Tapi aku tak pernah nak merungut atau salahkan diri sendiri atau ape, sebab for me this time is really the most precious time yang bukan senang aku nak dapat lepas ni, especially kalau dah mula kerja . selama 5 tahun belajar aku dapat spend time dengan family pun time cuti yang tak berapa nak cuti sebab penuh dengan assingment . so ni lah peluangnya . yaa I know each people have their own opinion . maybe ada someone yang tak suka terperuk dekat rumah and selalu nak makan tido makan tido je kan . sebab dia senang nak rasa bosan sebab tak buat apa kerja . tapi tak bagi aku . 

Kalau kita dah usaha sehabis baik dengan hantar beribu riban resume dekat 1,00 000 company . so apa yang perlu buat ialah tawakal & selalu berdoa kat Allah . sebab aku percaya rezeki Allah tu memang dah tertulis sejak dalam perut mak kite lagi . kan kan . cume lambat atau cepat je .. jangan mudah nak mengeluh . laen lah kalau tak de usaha langsung . dah lah pemalas nak hantar resume . lepas tu setiap hari bangun tido nak merunguk merengek sebab tak dapat-dapat panggilan kerja . omaigod !! ada jugak orang macam ni kan -,-

Tapi kenyataannya nak mohon kerja sekarang memang susah . nak mohon mungkin senang . tapi percentage untuk dipanggil intebiu tu dalam 30% laa .. because of what ? because of higher level of competiton among graduate right now  ! itulah hakikatnya .. ini baru sekarang . kalau lagi 10 tahun akan datang tok sah cerita lah kan . hopefully even negara makin maju, unemployment level pun makin rendah lah yekk .. and the important one is NOT TO CHOOSY !        * pesan untuk diri sendiri jugak ..

Mudah-mudahan :) 



p/s :     Untunglah korang-korang yang dah berkerjaya tetap kan . doa-doakan lah kita kat sini ye . harap-harap ada rezeki dalam masa terdekat . kalau ada kerja kosong kat tempat korang tu bagi tau lah ye :) 

Lesen Memandu - Part 2

Entry ni bersambung dari entry Lesen Memandu - Part 1.. cerita pasal phone kesayangan yang hilang tu aku redha je . dah tak nak cakap apa-apa dah . hanya Allah yang tahu semuanya . aku redha (:

Disebabkan excited terlampau nak amek license kereta ni, lepas je kelas KPP hari ahad,  terus je decide nak amek ujian komputer hari esoknya, hari isnin . cikgu cakap kalau dah yakin apa salahnya kan . otak pun tengah fresh lepas habis study, so I thinks it is not impossible for me to do that in a short time and passed ! cehh berlagak .. hee (:  

Alhamdulillah lulus even first time I took it . so those yang belum amek lesen, tak kisah lah lesen apa sekalipun, eventhough u all start dengan zero in ur mind, it is not a barrier for u to pass . the important things are the way u think and yourself-confidence, that's it !! hehe mentang-mentang dah passed, senang-senang je nasihatkan orang kan ..  (:

Balik-balik rumah terus je rasa macam nak lompat tinggi-tinggi atas katil, sebabnya  I'm  really proud of myself even aku bermula dengan zero in my mind, tapi I had passed ! . korang nak tahu tak , ada cikgu yang cerita dekat kitorang ada one of the students yang almost 13 times amek computer test tak lulus-lulus jugak . yang buat aku terkejut bila dia cakap he/she is a law student . hah hamek kauu ! bukan senang nak lulus tahu . kalau korang lulus even 1st time amek ujian ni, u should proud with ur self .. 

Okey tutup cerita pasal KPP & lulus computer test bagai ... so now aku dah dapat lesen L . baru lesen L okey, belum P lagi .. sedihnyee .. ):   nak amek lesen P kene tunggu almost one month right ? so now I have another 2 weeks before bole amek test dengan JPJ . pasal JPJ test akan diceritakan dalam entry part 3 nanti . korang doa - doakan lah ye.. moga-moga lulus .. AMIN (: 



Sekarang ni aku tengah training untuk cukupkan 8 jam and thanks to Allah sebab dapat cikgu yang sporting . tu yang penting tao . tambah lagi dekat tempat aku ni tak boleh pilih cikgu sebab jumlah cikgu yang terhad . so nak tak nak terpaksa terima kenyataan . aku dapat cikgu male chinese . yang bestnye dia lah owner kat sini . 

Korang macam mane ? mesti masing-masing ada pengalaman berbeza kan? cer cite sikit . boleh share sama - sama .. (: 


PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Bismillahirrahmanirrahim ... 

Dah lama sangaaatttttt tak join apa-apa contest . but now nak aktif join contest pulak . Mana tau ada rezeki kan . kali ni nak join contest dari Norzi Beautilicious House , di mana diorang mencari sebanyak 222 blogger bertuah untuk join segmen ni . bakal dapat hadiah yang memang superb tao .. korang-korang yang berminat or memang dah giler contest tu jum join nak .. those yang tersenarai, bakal terima hadiah ni ....

1)DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
 2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit  (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Ha memang superb gedebooommmm kan .. jom join ramai-ramai .. nak join sila clik gambar bawah ye :) 

Lesen Memandu : Part 1

Sebenarnya tengah excited sangat nak buat driving license nih . dah tua2 baru nak buat kan . hello ~~ I'm just 23 okey, not 32 .. hee .. kebetulan baru habes degree . masih dalam tempoh pengangguran lagi, so before dapat kerja make sure lesen dah ada . senang nak gerak ke mana-mana . tak payah harapkan orang lain lagi macam dulu . sebenarnya dari study diploma lagi aku nak amek license, tapi keadaan tak mengizinkan . so niat murni yang satu ni terpaksa ditangguh dulu .  -,- maybe entry ni akan panjang sket dari before sebab aku nak ceghita dari mula . will be continue until part-part seterusnya :) 

Hari pertama - 12 August 2012 

Semua orang tahu kan 1st day amek apa-apa license pun mesti kene tempuh KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu) dulu .  Aku bermula dari zero, nothing in my mind . cuma pernah dengar dari experience adek yang no. 2. lagi advance dari kaklong dia nih . sentap ! -,- so that day awal pagi lagi dah kena bangun, sebab pukul 8 ade driver datang amek . sebenarnya rumah aku ni dekat dengan JPJ, so agak2 ada can tak nak bodek diorang ? hehehe ... 

 
Sebenarnya 1st day ni ada satu ceghita yang buat aku sedih patpuluhpat hari . huhu :"(   hari phone putih kesayangan hilang .. hurm ! nak dijadikan cerita, aku pegang phone dekat tangan sampai lah naek kereta terus letak atas peha dialaskan dengan beg . memang dari dulu style aku suke pegang barang kat tangan . sampai je tempat kursus aku terus turun kereta sampai langsung lupa yang phone still atas peha . aku lupa lupa lupa dan lupa sampai lah habes sesi pendaftaran . around 15 minutes macam tu lah . bila teringat terus cek dalam beg . okey phone takde kat aku, terus teringat kereta kakak tu . dalam hati cakap phone aku ada dalam kereta tadi . maybe jatuh atas seat . 

Sebenarnya tu ayat nak sedapkan hati yang tengah resah tu je . tapi hati jugak cakap maybe phone tu jatuh atas jalan tar time aku nak turun kereta . hah  ???? yang pelik, kenapa aku tak dengar dan tak nampak phone tu jatuh ??? 

Aku pun terus pergi dekat akak tu bagi tahu die yang phone aku ada dalam kereta .  kebetulan akak tu tengah sebok dengan sesi pendaftaran. so takde harapan aku nak pergi tengok phone tu ada ke tak. tapi disebabkan hati ni kuat cakap yang phone tu ada dalam kereta,  aku still buat tak tahu lagi, dengan harapan aku dapat phone aku balik time abes KPP nanti.  

Time dengar ceramah pasal mengantuk memang tok sah cerita lah kan . tambah pulak dengan sakit kepala, perut kosong sebab time tu bulan puasa . pukul 12 pm dapat rehat . time tu lah akak tu baru nak pergi cek phone aku dalam kereta dia . tunggu punya tunggu last-last dia balik tangan kosong je . dia cakap phone aku takde dalam kereta dia . uwaaaaaaaaaaaaa !!!! time tu tangan kaki rasa lemah dah . dia bagi aku kunci kereta suruh aku pergi cek sendiri . hah memang sah phone aku takde dalam kereta tu . time cari tu aku dah mula mengomel sorang-sorang . dah tak tau nak salahkan sape . salahkan diri sendiri je lah . huhu -,- 

Belum sampai situ je, harapan nak cari phone hancur terus lepas nombor tu dah langsung tak dapat nak call . ha nampak tak ?? that's mean memang sah-sah phone tu ade dekat tangan orang laen .. sapa malaun yang tak berhati perut tu ??? hanya ALLAH je yang tahu . hanya ALLAH jugak tahu betapa sedihnya aku time tu . -,-  

Phone aku takdela mahal macam phone korang semua . tapi kalau hilang duit sepuluh ringgit  pun kita dah bising kan. ini kan hilang phone yang harga beratus ringgit, kesayangan pulak tu . huhu sedih !!  

Dalam pukul 1 terus masuk kelas semula . time tu tok sah cerita lah fikiran aku melayang-layang jauh sampai mana. macam-macam yang aku pikir . tak tau lah cikgu kat depan perasan ke tak . yang penting aku dah tak sabar nak balik sebab nak block nombor aku sebelum terlambat . Ikutkan perasaan time tu jugak aku nak pergi cek dalam beg sorang-sorang.  seriously mula-mula aku tak dapat terima kenyataan sebab selama ni aku tak pernah hilang sesuatu yang berharga bagi aku . lastly aku redha . kebetulan time tu bulan puasa . maybe ALLAH nak uji aku . dan mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku . adek aku cakap " Kalau kita hilang sesuatu yang bernilai bagi kita, kita kena REDHA sebab itu petanda ALLAH nak balas dosa-dosa kita yang lepas" Allahualam ~~ yang penting aku manusia biasa yang tak pernah lepas dari lakukan kesilapan . 

Aku bukan nak tuduh sesiapa sebab aku tahu benda ni terjadi sebab kecuaian dari diri sendiri . tapi sampai sekarang aku tak percaya dengan kakak driver tuh . faham-faham je lah kan . Hanya Allah yang tahu kisah dari A sampai Z ... Allahualam .. ~ 

Kisah ni banyak pasal phone yang hilang kan ? sebab apa ? sebab benda ni lah yang aku ingat sampai sekarang . pengalaman aku hadir kelas KPP for the 1st time, but a bad thing happened at the same time . korang mesti ada pengalaman sendiri pergi kelas KPP kan, tapi tu lah pengalaman yang aku tak boleh lupa eventhough almost 3 weeks this thing happened. 

Akan bersambung part 2 nanti. insyaALLAH :) 

Berblogging semule


Bismillahirrahmanirrahim .. rasanya belum terlambat kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semue :)  Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk sambut hari raye tahun ni dengan family, especially dengan umi, abah, dan semua siblings lepas menjalani ibadah puase dari 1st Ramadhan tll last dengan family. 

Memang dah lame sangat tak berblogging. dah tak aktif macam dulu-dulu. lepas dah habes pikir, lastly decide nak berblogging semule. Fullstop !! hopefully sangat lepas ni dah tak jadi macam lepas-lepas dah. agaknya hikmah Ramadhan yang terbukak jugak hati ni lepas hampir-hampir nak delete blog ni. tak kuat nak hadap perasaan macam tu akhirnya tekad jugak nak aktif blogging macam dulu. 

Paksa jugak diri nak cari something untuk luahkan perasaan ni tiap hari. blog jugak di hati .. teheeee ! 

Korang semue pernah ke ade perasaan macam ni ? lepas dah puas berblogging sampai naik jemu, terus pandang blog sebelah mate je. lastly dah tak tau kat mane nak luahkan perasaan, blog jugak dipilih. adoiii ... 


The Moment



The moment... memang saya akan ingat tiap detik kat sini. sob sob.. sedih hari last dekat MPB nie. last-last day baru lah haru biru kan. sedih lah, kecewa lah. sebelom nie dah bukan maen menggelabah nak habes cepat. apekah ????   semalam mengadu kat Mrs. Mushi-mushi sebab sedih nak tinggalkan tempat praktikal nie. memang dah agak laen pulak yang die pikir. ada pulak dia cakap saya dah mule minat kat any boy, sebab tu boleh tibe-tibe nak rase sedih. haha lawak-lawak.   Ngeee ~~~  

Each moments here memang susah nak lupekan sebab praktikal sekali seumur idop boleh ? mase amek diploma memang tak lah nak ade praktikal. lastly dapat jugak merase saat-saat nak habeskan saki baki degree . Ouchh ! really tak sabar nak tempuh alam pekerjaan lepas nie. u know, 5 years study.. boleh pecah otak ni tahu. tapiiiiiiii naseb baek boleh bertahan sampai sekarang. bak kate orang, kalau menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri Cina ( eh betol ke quote tuh) &^%^**(#@    InsyaAllah.. bukan sampai ke Cina, ke Mexico pun saya jajah nanti . Oohhhh apekah ??? ( tipu semata-mata )

I will miss u all warga MPB, especially those in Management Service Unit. Kenang daku dalam doamu .. sob sob sob ( sambil lap hingus )





Entry tanpa perasaan




Hai laling-laling.. dah lama saye tak update blog nih. maklumlah kalau buzy selaloo kan. hee. buzy lah sangattttttt !!! practical je ponnnnn .... belom boleh dikategorikan 'wanita berkerjaya' lagi sekarang. I still have 5 months to go untuk habeskan sisa baki belajar. agaknya kalau dah kerja nanti langsung takde mase nak update blog nih. But hopefully tak macam tu.    0,0

Sekarang just tinggal 2 weeks untuk practical ni. tapi rase macam lagi 2 bulan.. macam mane tu ???     T_T 
tak sabar nak habeskan semue ni, sebab practical lah cuti semester kali ni takde makna.. tapi dalam tak suka, many things I've learned. I take it as experience . 0,-

Those yang pernah datang blog ni mungkin perasan or mungkin tak perubahan blog saye. yelah kan blog tak femes sape lah yang selalu nak singgah sini. those yang sesat tak jumpa cari jalan balik je kot yang menempek kat sini sambil cari jalan keluar. hee. sebenarnya takde lah perubahan besar gedebuuukkkk sesangat. cuma perubahan warna, from pink to yellow color. oke ke tak oke ? whatever ! yang penting I loike the yellow color oke. I adore with color yang terang-terang nih tahu. 

Saye tak kreatif or berbakat nak edit keseluruhan blog ni, tapi kalau nak tukar mana-mana gambar or background ikut sesuka hati boleh lah.. godek-godek code pun boleh dapat kan. mintak maaf kalau bukak je page ni terus sakit mata ke, senak mata sampai tumbuh bisul ke. mintak maaf lah ye. hee. 

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ni. sebab taip entry tanpa perasaan. macam ni lah jadinya. baibai    :D



Praktikal

Syiookkkknyeeeeeee awak - awak yang cuti esok kan. cuti sempena Thaipusam. rasanya those yang work dekat Key-el je yang dapat cuti. kita -kita yang tak kerja dekat key - el ni terpaksa lah terima kenyataan esok dah kene kerja balik . habes sudah cuti 3 hari. sob sob T_T ...   actually saya bukan kerja lagi, praktikal je pon. ayat macam dah start working setahon kan. >,<

" MALAS " itulah perkataan yang selalu keluar dari mulut nie bila kena pergi praktikal. huh. ! seriously malas sangat. nak tahu apa yang malas ? malas nak bangun awal pagi, lepas tu tak boleh nak sambung mimpi balik, malas nak buat kerje, malas nak duduk dalam office lama-lama sebab rasa macam 2 hari nak tunggu sampai pukul 5 petang ..   lamanyaaaa  -_-   

Umo dah 23.. Oppss kantoi suda ~~~ tapi kan, saya baru nak ptaktikal. kawan-kawan sekolah dulu ramai yang dah mule kerja. saya je yang terkapai-kapai sebab nak kejar cita-cita terbaik. -,0 ecececeh... tapi takpe, becoz now dalam proses nak habeskan sisa-sisa belajar, tinggal lagi 5 bulan je. InsyaAllah... 

Praktikal kali ni memang sangat mencabar bagi saya, kenapa ??? sebab praktikal dalam waktu cuti semester. seriously mule-mula tak kisah sangat, tapi lepas dah start kerje 2-3 hari dah mule nak rase sedih sebab terpaksa korbankan waktu cuti. dah la dapat cuti semester akhir-akhir sem, bila kena praktikal macam ni terus rase down. lepas habes praktikal terus kena balik melaka sebab semester baru dah mula. so macam mana dengan cuti sem ? macam takde feel je. T_T 

Tapi bile fikirkan balik, ada untungnya jugak, sebab saya boleh belajar banyak benda, especially boleh tengok dengan mata kepala sendiri suasana kerja yang betol. so, takdelah rasa kekok bile dah kerja 'betol-betol' nanti kan. InsyaAllah lepas habes study bulan 7 nanti, kalau rezeki awal, dapat lah kerja awal. tapi kan... do I really ready nak tempuh alam pekerjaan?? 

Umm.. mungkin ready mungkin tidak. tapi kerja 'betol-betol' nanti takdelah bosan kot macam kerje 'tipu-tipu' sekarang. huh ! lepas seminggu praktikal, baru tahu praktikal rupenya sangat membosankan. membosankan sebab takde kerje specific yang kita perlu buat, cume mengharapkan kerja yang staff laen bagi. annoying bukan ?? naseb baek saya cuma perlu habeskan 5 minggu je, so now 4 weeks left.    0_0



SAFI combination for 1st testing

Tengah excited nak cuba produk baru, nak tinggalkan yang lama. Tapi produk ape? 
kalau boleh nak cari produk yang murah sesuai dengan budget tapi berkesan. Ade ke ?? 
Actually before that aku pakai produk Natasya, bukan yang Gold tapi yang biase. harge die? ha tak payah cakap lah. confirm- confirm dalam angka RM100 ! Mahal kan? yee. mahal dan berkesan, sesuai sangat dengan kulit aku nie. tapi itu dulu, 3-4 tahun lepas, around 2007-2008. during my study in Diploma. But now... huh sangat mendukacitakan. T_T

Seriously aku memang dah tawar hati nak pakai Natasya, Opss ! bukan nak mempengaruhi sesape. tapi hakikatnya macam tue lah. sejak due menjak ni Natasya macam dah tak bagi kesan elok untuk kulit aku. ade je jerawat nak tumbuh keliling muka. lepas tu tinggal parut yang memang degil betol nak hilangkan diri. actually pernah dengar dari kawan-kawan time study dulu yang produk ade bahan kimia nie boleh bagi kesan negatif untuk jangka masa panjang. so dah macam-macam dalam pikiran aku sekarang nie..
haisshhh..  takot .. -_- !!

Lepas dah habis pikir dari semalam lagi, lastly I got one idea. WHAT ??????
Safi Balqis Perfect 10. 
yeaahh ! hari nie jugak keluar dengan adik sambil cari kasut terus singgah kedai kecantikan. tapi before decide nak try guna produk ni, memang dah survey feedback from those yang pernah pakai. firstly, I thinks product ni just for pencerahan, bukan untuk hilangkan parut, jerawat or something else. that's why before that pandang produk ni sebelah mata je even dalam hati macam tertarik je nak mencuba. tapi rupanya sangkaan salah sebab aku ade terbaca dalam beberapa blog yang puji produk ni. katanya muke diorang pun bermasalah, then lepas pakai product ni terus oke. So ???? ape lagi, makin membuak-buak perasaan ni nak beli then terus pakai. hehe.  excited giler kan. tambah lagi produk Safi ni dari dulu lagi memang dijamin halal, then kurang bahan kimia. itulah yang kite cari. ecececehh.. @*#$%%^^

Berbalik pada ceite ... bile aku sampai-sampai je kat kedai tu. tak sangka first produk yang aku nampak Safi Balqis Perfect 10.. Aiiiiii macam tau-tau je aku nak beli die kan. jodoh ke? haha. mengarut dah kau !
*&^%$%#@^*
then terus je aku pegang kotak die yang comel tu, sebab aku plan nak beli trial pack dulu, tapi rupenye tak, sis promoter tu cakap trial pack takde or dah habis? entahla aku pun lupe. haha. tengah excited memang kurang pendengaran sikit. hoho. kalau nak beli produk macam ni mesti ada promoter yang datang nak bantu kan. kalau beli pakaian aku memang kisah sangat kalau promoter ikut belakang. rimas tahu tak ! tapi kalau time beli produk kecantikan promoter memang wajib ada untuk guide aku. bertalu-talu soalan aku tadi sebab nak dapatkan produk yang terbaik. kononya nak beli semua produk Safi Balqis Perfect 10. tapi last-last 3 produk safi yang berbeza aku beli. huh !


Safi Gamat, Safi Balqis Perfect 10, and Safi Rania Gold. tiga jenis safi aku beli. pernah ke orang combine Safi dalam satu masa? entah-entah aku je yang pelik. haha. mula-mula aku ragu-ragu nak beli tapi lepas dapat nasihat dari sis promoter tu, aku rasa yakin. dia cakap nak combine tak jadi masalah sebab die still produk yang sama, and ade kandungan yang sama. oke ! lastly decide nak beli even tak lengkap lagi sebab tak cukup budget lepas dah beli kasut tadi. huhu. laen kali bawak duit lebey ye cik hajar sayang. naseb baek cukup time nak bayar tadi. -_0

So sekarang still dalam percubaan pakai produk ni. harga pun tak berapa mahal, sesuai dengan budget aku as student. cuma mengharapkan produk ni bagi kesan yang baik. now nak tengok perubahan dalam masa 2 - 3 minggu lagi. hope everything is going oke . 

First Giveaway by Onitsukahana

Setelah hampir lama jugak lah blog nie menyepi sebab stop kejap join mane-mane Giveaway demi mengejar cita-cita lah katakan.  Ecececehh. ^,-
Tibe-tibe terbukak hati nak start active join macam dolu-dolu, hee so Giveaway kali ni dari blog hijau yang comel lote. sejuk je mata memandang bile masuk blog ni tau. (klik link untuk join)


Ha kotak GA die pon warne ijau taw. untuk join GA ni kene bagitau warna favourite. so tanpa segan silu nye nak bagitau kat sini warna favourite yang terbaru ialah warna OREN.. hee. sorie warna pink, u tetap di hati I sampai bile-bile. nak curang sekejap je boleh. hee. warna OREN di hati sekarang .. `peace ^^`

SYARAT PENYERTAAN   
1. Buat 1 entry bertajuk 'FIRST GIVEAWAY BY  ONITSUKAHANA'
                                2. Letak banner GA di dalam entry korang
                                3. Nyatakan warna yang korang suka (wajib untuk hadiah nanti) 
                                4. Tinggalkan link korang dalam entry ini.
                                5. Penyertaan yang kurang dari 10 kebawah secara automatik akan ditutup
                                6. Nak tag pun boleh (lagi banyak penyertaan lagi cerah peluang untuk menang)

   HADIAH
   Tudung bawal bersulam atas kepala ( bilangan mengikut penyertaan )
   
GA tamat 31 January 2012.... :)

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign