Pages

Pregnancy Journey : 24 weeks (Berat naik + air gula)


Alhamdulillah sekarang da masuk 24 minggu ( 6 bulan) dah baby dlm tummy . Syukur Ya Allah kau pelihara & lindungi anak dalam rahimku dari awal sampai sekarang. Semua mummy to be pun nak semua anak yg dikandung membesar dgn sihat, tak nak ade masalah sepanjang pregnant. Meh nak belanja gambaq satu, hihi.. 


Harini I pg checkup KK, perkara paling risau ialah berat badan haha, org lain pakat risau pasal HB, tp I risau psl berat. Tapi bukan risau berat naik, risau berat turun or tak naik2 sebenarnya, sebab dari awal mmg berat I naik sikit2 je, sampaikan nurse suruh naikkan sikit. Pelik dak? I pun pelik haha.. tapi checkup kali ni lagi buat I pelik sebab naik mendadak woo sampai 3kg lebih . Haa kan nk sgt berat naik hikhik.. Mase timbang berat tu sampai 3x nurse suruh naik timbang, 2x masa cek tekanan darah, sekali masa nak consultation. So 2 org nurse mintak I timbang sebab tak percaya dari 60.7kg naik sampai 64kg.. okey 1st thing dalam kepala of course la kena minum ayaq gulaaa ... :( 

Haih mmg kene sungguh minum ayaq gula, ingatkan harini jugak rupenye next week kene dtg kk semula . Redha je lah syg :(  I terus tanya nurse tu, 'Perasa oren ke air gula tu?' Hihi katanya mmg rase oren tp tak tahu la tu mcm mana. Moge2 tabah la hati ni, harap anak mama kuat ye, mama pun kene kuat nak tahan lapar dari 10 mlm sampai esoknya. Lepas minum kena tahan lapar lagi 2 jam dari minum / makan. Dah la I ni cepat sakit kepala klu lambat makan , so kene standby minyak angin siap2 la minggu depan. 

Masa consultation pulak, nurse akn cek baby guna tangan je mcm tekan2 perut then ukur. Lagi sekali berita tak baik katanya perut I kecik a.k.a baby kecik kot . Nurse ukur dari bawah pusat sampai atas tut kita tu dapat 20cm klu tak silap, less 2 weeks. I pun da pelik sebab tak faham sgt, kenapa perut kecik? Sedangkan I rasa makin membesar adela, masuk 6 bulan ni nampak lg besar, muehee. So nurse pun explain katanya jgn terlalu risau sgt, kot la nanti tekanan darah naik kan. Bila die ukur perut kecik mungkin masa tu baby tengah duduk dlm keadaan melintang (abnormal) bukan secara menegak kepala bawah kaki atas tu ( normal). Sebab baby kan move, ade masa die melintang ade masa die akn menegak, maybe kebetulan nurse ukur baby dlm melintang. Oh okeyy barulah I faham . Then nurse tanya I selalu rasa baby bergerak belah mana, so I cakap mmg selalu rasa belah kiri kanan. So betul la baby dlm melintang lagi. And then last week I ade buat details scan kat private, memang doc tekan2 belah atas kiri masa scan muka baby, so I dgn nurse buat andaian baby duduk dlm keadaan senget macam tu. Okey legaa sikit dgr explanation mcm tu. Skrg nak fokus berattttttt jeerr :(  

Dah habis borak dgn nurse pasal pemakanan semua, dalam kereta borak dgn husband pulak. Apa yg nurse cerita I kene sampaikan kat husband, hikhik. Kesimpulannya I rasa berat naik mendadak sebab since sebulan ni mmg I byk sgt mkn biskut coklat, minum milo . Time pregnant ni Ya Allah setiap jam lapa even dah makan pun lapa lagi, tambah lagi bila baby makin besar. So mmg kena standby something like biskut, buah, or roti. So makanan atas meja mmg sentiasa ada, habes je hubby mesti beli baru. Tq sayang, hikhik. 

I ni penggemar coklat, bkn since prgnant je mmg dari dulu lagi. So klu beli biskut mesti pilih perisa coklat, chipsmore, biskut krim coklat, biskut tiger coklat. Then klu nk makan kene cicah air, bukan air susu tapi milo hokeyy. Bila berat naik byk barula sedar byknye kandungan gula dlm biskut coklat tuu, gula dlm milo lagi, haihh saboo je lahhh. Ha lagi satu I mmg suka mkn buah, hubby selalu beli pisang, bukan sebijik dua sehari, kdg2 boleh habis setandan I mkn tao. Baru2 ni raya cina hari2 ada limau kat rumah habes sampai 2-3 biji sehari. So itula semua puncanya, insaf sekejapp bila nak kene minum air gula hahaha..  

So bukan I je insaf hubby pun insaf tak nak beli dah biskut2 coklat, tadi die bawak balik biskut oat crunch + roti gandum tao, hihi.. due2 da insaf sebab sebelum ni tak sedar kan main beli dan makan jee .. Time pregnant ni mmg betul2 kene jage pemakanan, especially gula sebab kalau berat naik mendadak tiba2 takut ada kencing manis, thats why kene minum air gula nak tentukan kandungan gula dlm darah + urin. Cara pemakanan tak sama mcm dulu main sumbat je dlm mulut yee. So after this I have to be carefull, tak nak ada komplikasi or masalah apa2 sepanjang pregnant ni, In Shaa Allah dimudahkan. 

Doakan mama baby & baby dalam tummy sihat ye. Mmuaah ciked ! 



1 comment:

Nabila Syifa said...

Semoga ibu n anak baik2 je

!♥Kisah Honey Dalia♥! Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign